Selasa, Disember 3

Lamanya nak tunggu buku Teme Abdullah

Lama betul nak tunggu buku dari Iman Publication pembelian dari My Siswa Place. Akhirnya dapat juga akhirnya setelah order dari 1 November 2024 lagi. 26 November 2024 baru dapat bukunya. Iman Publication ni memang ada promote pembelian judul buku dekat IG tapi penghantarannya bagi saya agak lambat juga. Dah tiba baru la Dania lega sebab semua buku dah selamat tiba. 


Akhirnya buku Teme Abdullah bertajuk Selamat Tinggal Purnama Strain Pertama dan Strain Kedua selamat diterima. 


Sinopsis Selamat Tinggal Purnama Strain Pertama :

Kisah seorang artis terkenal. Hidup pada zaman manusia terpaksa mengumpul ‘kredit’ yang cukup sebagai bukti mereka berhak untuk kekal hidup di muka bumi. Mereka yang gagal mencapai tahap kredit minima, akan ditarik nyawa.

Artis terkenal itu ada segalanya – wajah, suara, personaliti dan pencapaian yang belum pernah dikecapi mana-mana rakyat Nusaraya sebelum ini. Popularitinya melebar ke serantau Asia.

Sehinggalah ada pihak yang membangkitkan gosip bahawa ada ‘artis terkenal’ yang membina persona palsu untuk menipu masyarakat semata-mata demi kelangsungan kerjayanya. Malah, suaranya juga dikatakan palsu.

Hidupnya berubah dari saat itu.  
Credit : imanshoppe.com

Sinopsis Selamat Tinggal Purnama Strain Kedua :

Setelah mengejutkan peminatnya dengan pengumuman tergempar dahulu, Latif Purnama hilang daripada radar. Masyarakat tidak tahu apa yang berlaku kepadanya. Ada juga yang menyangka dia telah bersara.


Hampir setahun kemudian, tiba-tiba dia muncul semula dengan album baharu. Karya yang sedikit ganjil berbanding karya-karyanya sebelum ini. Karya yang membahayakan nyawanya.
 Credit : imanshoppe.com

Kalau nak cari buku Teme Abdullah online, boleh je cari kat link di atas ya. 





XOXO,
Ezna

10 ulasan:

  1. lama juga nk smp ye...tisya aritu ada order juga buku yg guna voucher tp tk smp2 lg y..tk silap dh lebih seminggu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya lama betul nak sampai. Kalau dia dah post nanti, maybe kurier akan hantar email. Macam Dania, DHL yang hantar email kata barang on the way.

      Padam
  2. Menarik sinopsisnya. Kalau saya dapat buku begini memang tak bergeraklah, terus membacanya dari kulit depan sampai ke kulit belakang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Peminat Novel mesti baca cara gitu ya....sama macam Dania juga ni. Tapi....tak start lagi membacanya. Tunggu masa free free dulu. La ni sibuk assignment...

      Padam
  3. mungkin masa order tu stok dah tinggal sikit jd diorg print baru laa tu. tu yg agaknya amik masa...
    sy agak je ;-)

    BalasPadam
  4. dekat sebulan jugaklah tu tempoh menunggu. syukur dh selamat sampai tu

    BalasPadam
  5. Waaah lamanya datang yaaa 😂... Belum tenang hati kalo pesanan lama datang seperti ini 🤭

    BalasPadam
  6. satu-satunya buku TA yang ammi dah baca "kapal terakhir di dunia"... macam mana ek dia boleh berfikir diluar kotak gitu

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

JM Bariani House | IOI City Mall

Dah lama sangat-sangat kami tak makan kat JM Bariani House ni. Kami pernah makan di HQ JM Bariani ni yang terletak di Subang Jaya. Kami juga...