Dah lama juga tahu pasal cafe ni yang terletak kat Taman Botani, Putrajaya tapi cuma hari ni je kami dapat makan di sini.
Cafe ni macam bangunan gelas dua tingkat.
Deco cafe kat dalam.
Tengok pastries dan kek kat kaunter.
Nak makan apa ya?.
Kami pilih tempat duduk kat luar.
Dania tak kisah nak duduk kat mana janji dia nak bagi treats kat kucing. 😅
Ada beberapa tempat duduk kat luar. Ada pengunjung selesa duduk di luar dari kat dalam glass house.
Boleh nampak mereka yang duduk di glass house dari luar ni.
Kalau ramai-ramai boleh duduk kat sini.
Tempat duduk kami kat platform kayu belah kanan tu.
Cantik la kat sini sebab banyak pokok-pokok kat sini jadi tenang sebab persekitaran hijau.
Saya order air Apple Fizz, Dania dengan Vanilla Latte dan hubby dengan chai ala Pakistan. Ada juga Praline Chocolate.
Isi dalamnya chocolate. Beli satu je share la kami tiga beranak.
Cantik pokok kat belakang tu macam lalang tapi entahlah pokok apa.
Wefie kami bertiga.
Glasshopper ni Selasa - Ahad dari jam 8.30 pagi - 8 malam. Tutup pada hari Isnin.
Harga dia standard cafe yang cantik2 la. Tak murah sangat la pastries dan minuman dia. Order kami tu total dalam RM50++. Suasana dia memang best la bagi saya.
Dah Glasshopper ke belum?.
XOXO,
Ezna
Cantik juga cafe macam ni. Lepak santai minum kopi sambil beborak.
BalasPadamOhh best ni, thanks for sharing Ezna. Nak try la nanti.
BalasPadamBerbelit2 lidah uncle nak sebutnya!
BalasPadamNampak menarik dan lawa ye cafe ni...santai je
BalasPadamcantik dan unik la cafe ni!
BalasPadamselalu cafe bukak 10 am, bagus yg ni bukak pagi2
BalasPadamaesthetic jugak kafenya!
Belum..sini la yang port dia instagrammable tu kan...cantik..ada indoor dan outdoor jugak..tapi pastries tu macam dah xde pilihan..maybe ramai orang kot..kena pi la nanti ni..letak dalam wishlist
BalasPadamnice cafe...
BalasPadam