Khamis, Disember 12

Bihun sup utara punya cerita

Ni nak mencari bihun kat Evo Mall, Bangi. Tunjuk ni sebabnya baru lepas ambik handphone tertinggal kat dalam kereta. Geram je dengan diri sendiri. Dania tunggu kat atas. 


Kat sini la nak singgah. Kat sini kalau nak beli barang sikit-sikit. Kalau banyak2 kat Pasar Borong Selangor. Kat sini parking senang, orang pun tak ramai. 


Nak mencari bihun. Banyak pilihan tapi saya pilih bihun Jasmine. 


Section makanan sejuk beku. 


Truffle ni dijadikan snek pulak. Pertama kali saya dengar pasal truffle ni sebab terdengar beberapa kawan saya makan truffle ketika di luar negara. Truffle ni bukannya murah ya sebab spesis cendawan yang sangat jarang ditemui. Tengok la harga snek truffle ni pun. 

Truffle ni tumbuh dalam tanah dan cara nak carinya :

1.  Berdekatan dengan pokok oak, hazel, birch. Itu pun kalau ada la. 
2. Boleh juga menggunakan khidmat anjing untuk mencari truffle ni iaitu anjing jenis Lagotto Romagnolo sebab dia boleh bau truffle ni. 
3.  Tak pun ikut denai / jejak rusa atau babi kerana keduanya suka makan truffle. 
4.  Lagi satu tengok lalat yang menghurung permukaan tanah. Kemungkinan besar ada truffle kat dalam tanah. 

Uihhhh patut la truflle ni mahal you alls. Nak mencarinya susah. 


Ternampak pulak coklat Lindt ni. Coklat yang berasal dari bumi Switzerland. Kami dah pernah ke muzium coklatnya. Boleh ke sini. Rindunya nak mengembara lagi. ๐Ÿ˜Š


Di bahagian roti La Boheme, Aeon Maxvalu ni ada potongan 1/2 harga ya. Bila saya check tarikh luput beberapa hari lagi. Kalau nak terus makan memang berbaloi la beli. 


Seakan packaging kek ร–balab. 


Terlupa nak bawa bag shopping tu kita carry je la item semua. ๐Ÿ˜…


Baliknya gigih la masak bihun sup utara ya. Celur bihun dengan serbuk kunyit sikit. Jangan banyak....nanti bihun berbau kunyit pulak. Dalam pada tu sediakan daging dalam periuk tekanan tinggi. 


Terjadinya bihun sup utara. Bawang goreng dan sambal merah tu tak ada dalam gambar. Campur juga sos cili. Slurppp la kita. Dania bertambah bihunnya. Sedap ya?. 


Alhamdulilah...sekarang ni di hujung jari je nak cari resipi masak. Saya selalunya cari resipi yang simple. Takdelah banyak bahan nak guna. 





XOXO,
Ezna

11 ulasan:

  1. masak sdiri puas makan tu...bole ltk extra daging

    BalasPadam
  2. Sedap plak tengok bihun tu...bihun jasmine ni macam bagus je texture dia...

    BalasPadam
  3. teringin pula nak makan bihun sup utara ni. boleh la buat weekend nanti. saya pun suka beli bihun jasmine

    BalasPadam
  4. sedapnya...buat juga bihun sup kadang2 tu, tapi stail biasa je...tak berapa rajen nak kuningkan dia..hihihi

    BalasPadam
  5. Sedapnyaaaa...macam nak kena buat jugak je nih hihi

    BalasPadam
  6. sedapnya!!! i suka la menu2 gini tp tak pernah try lg masak menu bihun sup utara ni

    BalasPadam
  7. Issh nak juga resepnya nih kak ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜. Saya pun tak mungkin cari resep yg complicated. Memang yg mudah2 saja ๐Ÿ˜„.

    Truffle nih saya sukaaa wangi dia. Waktu itu makan steak dan spaghetti yg memakai truffle oil, Masya Allah wanginya kuat sangat. Sukaaaa.

    Ayolah jalan lagi kak, ke jakarta gitu ๐Ÿ˜„.

    BalasPadam
  8. Tak boleh tahan kalau sebut pasal bihun sup utara ni.
    Memang tersedap.

    BalasPadam
  9. Alamak, teringin la pulak!
    Sy kalau nak beli 2-3 barang masuk mini market @ kedai runcit je, malas nak jalan jauh² hehe

    BalasPadam
  10. Teringin nak cuba makan truffle.
    Selalu tengok di televisyen saja. Katanya sedap sangat dan harganya pun memang harga kayangan langit ke tujuh.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

JM Bariani House | IOI City Mall

Dah lama sangat-sangat kami tak makan kat JM Bariani House ni. Kami pernah makan di HQ JM Bariani ni yang terletak di Subang Jaya. Kami juga...