Selasa, Disember 24

Elizabeth Arden Sunflowers Mist | Sa Sa

Dania ada bagitahu yang perfume mist dia nak habis dah. Jadi....saya pun tengok2 la kat internet dan came across jenama Elizabeth Arden ni. Berkenan saya sebab memang ada offer dan kebetulan perfume EDT exactly macam ni saya pernah dapat hadiah dari papa saya dulu. Ini perfume mist jadi bau dia light sikit sebab Dania sembur sebelum ke kelas jadi idak la bau dia terlalu kuat. 

Sebelum ni banyak la jenama dah pernah cuba dari Lovillea, Bath & Body Works, Victoria Secret, De'Xandra dan Izzi. Dulu time Dania nak pergi kokurikulum petang masa sekolah, saya ambik dulu kat sekolah....balik rumah siap mandi dan makan baru hantar ke sekolah balik. Masa tu la saya ajar pakai perfume mist ni sebab nak bagi fresh sikit. Tapi....idak la suruh sembur banyak2.

La ni dah pandai la pakainya lepas tu sebab dah ajar sampai sekarang la pakainya 😆. Lain kali ajar lagi...😁. Adan uke 😅



Elok balik je kelas Dania bagitahu lagi nanti nak try beli body mist Elianto la sekali ummi cakap dah beli. Hehe. Pantas lagi ummi ya. Jadinya kalau beli kat Sa Sa ni boleh je kita kata nak pick up kat Sa Sa berdekatan jadi of course saya pilih IOI City Mall. Kalau nak suruh dia pos terus ke alamat kita pun boleh jugak. 




Senang...sekarang ni di hujung jari je. Dah pick up nanti saya review baunya.





XOXO,
Ezna

 

11 ulasan:

  1. SA pun suka beli online kalau perfume2 ni..nak pi mall skrg rasa malas..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya la SA. Beli online senang. Nak gi mall nak kena menapak pulak pastu ambil masa juga la.

      Padam
  2. Kalau body mist EA sy suka bau green tea kak.. fresh.. samalah sy ajar anak dara ke sekolah sembur sikit perfume ah sudah skrg kalau dh habis pandai je dia remind perfume abis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha tu la pasal sebab dah ajar kan. Tapi ok je nak sembur pun. Bukannya letak banyak pun. Nak bagi fresh ajer.

      Padam
  3. Balasan
    1. Ya betul tu PH. Nak pulak ada harga yang menarik pulak tu.

      Padam
  4. EA ni ammi pernah pakai dulu yang ada bau green tea...sedap baunya

    BalasPadam
  5. i love perfume cuma fussy sikit sbb i pening kalau baunya kuat...bau yg soft2 tu i suka la

    BalasPadam
  6. Elizabeth Arden kita suka bau yg botol merah tu

    BalasPadam
  7. Sama lah.. akak pun ajar anak dara berdua tu wangi2 bagi fresh.

    BalasPadam
  8. Perfume selalu dibelikan isteri.. katanya apa guna kalau beli tapi wife tak suka bau tu.. kita pun redho jer la hahaha

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

JM Bariani House | IOI City Mall

Dah lama sangat-sangat kami tak makan kat JM Bariani House ni. Kami pernah makan di HQ JM Bariani ni yang terletak di Subang Jaya. Kami juga...