Khamis, Disember 19

Apa kegunaan tongkol jagung ?

Jagung ni memang enak dimakan tapi tahukan anda yang tongkol jagung tu ada kegunaannya?. 


Tak kisah la jagung ungu ke jagung kuning ke...boleh je digunakan tongkolnya. 


Inilah rupa tongkol jagung atau corn cob dalam Bahasa Inggeris. 


Gambar jagung ni hiasan je cuma nak highlight kan tongkol dia setelah biji jagung ditanggalkan atau dimakan. 


1. Dijadikan stok dalam masakan

Ya tongkol yang kosong tu direbus lama dalam air, akan menghasilkan stok jagung kerana terdapatnya perisa jagung dalam tongkol jagung. Boleh dimasukkan dalam sup, stew, sayur-sayuran. Tapi, kena guna banyak la tongkol jagung tu. 


2. Jeli Tongkol Jagung (Corn Cob Jelly)

Rebus beberapa tongkol jagung kemudian ditapis air rebusan tu. Masukkan gula mengikut air yang dimasuk. 1 cawan air kepada 1 cawan gula dicampurkan ke dalam air rebusan dan juga masukkan pektin (pectin - ia digunakan sebagai agen pemekat dalam masakan. Ia berasaskan dari tumbuhan). Kacau sehingga sebati dan dibiarkan sejuk. Jeli ni boleh dimakan dengan disapu atas roti macam jem. Boleh tengok kat youtube cara pembuatan corn cob jelly. 


3. Tongkol jagung dijadikan macam arang ketika barbeku

Letak beberapa tongkol jagung berdekatan dengan arang. Akan memberi rasa kepada makanan barbeku. 


4. Tongkol jagung dijadikan bahan api bio

Ia boleh diproses untuk dijadikan bahan api bio untuk kenderaan. Jangan sangka tongkol jagung ni tiada kegunaannya ya?


5. Dijadikan alat menyental untuk periuk

Haaa tudia, boleh dijadikan alat untuk menyental periuk you alls. Bahan semulajadi lagi haa.....


6. Dijadikan tempat tidur haiwan kecil

Diproses dan dijadikan tempat tidur untuk haiwan kecil seperti hamster dan arnab. 


Lepas ni kalau beli jagung, dah makan kena simpan tongkolnya sebab saya nak cuba buat No. 1 dan No. 2 tu. Kena ada banyak tongkol baru la menjadi. Setakat 1 je tak jadi la kan. Kena gunakan tongkol jagung ni buat kali terakhir sebelum buang. Tak payah keringkan cuma simpan je dalam peti. 





XOXO,
Ezna


4 ulasan:

  1. Banyak kegunaan tongkol 🌽🌽🌽🌽🌽
    Tq for sharing. Baru saya tahu.

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas perkongsiannya.
    Tertarik pada jagung ungu tu sebab belum pernah rasa.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

JM Bariani House | IOI City Mall

Dah lama sangat-sangat kami tak makan kat JM Bariani House ni. Kami pernah makan di HQ JM Bariani ni yang terletak di Subang Jaya. Kami juga...