Khamis, Disember 19

Dendeng Nyet Berapi | Khairul Aming

Ni pertama kali beli Dendeng Nyet Berapi dari Khairul Aming. Photo card ni dapat sekali dengan Dendeng. 

Alkisahnya terbuka Tik Tok dan tertengok Khairul Aming live. Masa ni katanya kat satu tempat. Nampak macam tepi sungai. KA nak healing la sebab tak berehat sebab bantu hulurkan sumbangan untuk mangsa banjir. Masa dalam live...saya perasan KA ada pakai sticker kat kedua lengannya. Bila ada orang tanya kat live....KA kata tu sticker nyamuk. Teme yang bagi. Hmmmm.....Teme yang tulis buku cerita tu ke?. Ke Teme pun ada bantu untuk mangsa banjir?. Tak silap KA mentioned nama Teme. Kot la saya salah dengar dan macam la Teme tu sorang je nama Teme kan?. 

Dalam live ni pun muka KA pun nampak letih. 


Harga yang saya dapat RM13.94. Saya beli 2 pek sebab nak mencuba je dulu. 


Meh la kita rasa berapi ke tak berapi ke Dendeng Nyet ni....


Close up daging Dendeng Nyet Berapi Khairul Aming. Ni portion satu pek ni. 


Makan simple je sebab nak makan ni je. Telur goreng dan daging KA ni pun dah cukup.


Rasanya?. Bagi saya kategori boleh makan sebab tak berapi bagi saya. Kalau berapi tu sambal geprek tu berapi lagi. Dania pun cakap tak berapi. Sedap bila makan dan dapat bau daun limau purut juga. Boleh repeat lagi. Beli 8 Disember 2024, dapatnya pada 11 Disember 2024. All the way dari Pasir Mas, Kelantan dendeng ni. 

You alls dah pernah cuba? 





XOXO,
Ezna






 

13 ulasan:

  1. Dah pernah cuba juga.
    Okaylah rasanya.

    BalasPadam
  2. i dh pernah cuba. sedap jer :) murah u dpt rege tu ezz :) worth it--bahasa kelantan, teme tu maksudnya kawan/member rapat

    BalasPadam
    Balasan
    1. I tahu teme tu member rapat tapi KA masa dalam live ni dia cakap biasa bukan lorat Kelate dan memang Teme (penulis) ada jumpa KA pun sebelum ni. Kot la Teme ni yang bagi KA.

      Padam
  3. Pernah rasa dah..ok la but x minat sgt dendeng so x beli pun

    BalasPadam
  4. Sy masih belum berpeluang nk try...Nnt2 dah relax dr CF bleh la try beli kot =D

    BalasPadam
  5. kita dh byk kali repeat....mmg suka sbb tk pedas berapi mcm sambal nyet...beli time die buat live yg die warded baru2 ni...mmg sllau mkn ngan telur mata gitu cukup dh

    BalasPadam
  6. Sedap sebab tak pedas berapi. Kita tak kuat pedas sangat :)

    BalasPadam
  7. Ammi pun baru first time beli tapi belum try lagi. order untuk bawa ke camping. Insyaallah hujung minggu ni ammi try

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

JM Bariani House | IOI City Mall

Dah lama sangat-sangat kami tak makan kat JM Bariani House ni. Kami pernah makan di HQ JM Bariani ni yang terletak di Subang Jaya. Kami juga...