Rabu, Disember 11

Laksa Pahang dan buah tangan dari Peskon UPM

Alhamdulilah, ni lah laksa Pahang yang Kak Tie kata nak bagi kat saya tu. Laksa Pahang ni didatangkan dengan sayuran yang diracik halus, kuah dan belacan. Tak lupa juga laksa dia. Haaa ni baru satu set ya. Laksa ni bukan spaghetti. Ni laksa buatan sendiri guna penggelek mee tu. 

Kak Tie mula merendah diri kata takut tak sedap tapi mana mungkin kan sebab dah lama Kak Tie buat signature dish ni. Confirm la sedap. Memang banyak portion dia. Saya tak terus makan tengahari sebab nak simpan malam. Tunggu hubby balik kerja baru best menikmati bersama kan?. 


Ini barangan yang saya beli dari Peskon kecuali jagung. Nanas ni jenis MD2 dengan harga RM10 dapat 4 biji. Nanas ni masih kena peram lagi. Ada telur puyuh, sayur pak choy dan 2 tongkol jagung yang saya beli dari ladang Fakulti Pertanian. Ada juga dijual di Peskon. 


Saya panjangkan juga rezeki Peskon untuk 2 rumah jiran saya. 


Ada juga saya selitkan daging masak Opah untuk Kak Tie. Nak kena masak juga sebabnya Kak Tie pun masakkan untuk saya. Gigih masak malam sebelum saya bagi ni. Masak sekali la dengan lauk kami ni. Kebetulan masa beli daging ni...hubby cerita orang pertama beratur sebab orang daging ni baru set up kedai dia. Jadi, ada la rezeki dapat bahagian batang pinang. Alhamdulilah. Selalunya dapat bahagian yang lain. 


Malamnya kami makan Laksa Pahang. Haaa ni kuah dia. 


Bila dah campur semua bahan. Rasa dia? Mestilah sedap ada rasa lemak dari kuah. Bunyi krup krap sayur-sayuran dan ada rasa masin sikit dari belacan. Bila gabungkan semua memang sedap la. 


 Pernah rasa Laksa Pahang?. 





XOXO,
Ezna

10 ulasan:

  1. Yumm memang sedap, lama pulak tak makan Laksa Pahang ni.

    BalasPadam
  2. First time tau ada Laksa Pahang...nampak pun sedap betul tu...
    Daging Masak Opah tu pun sedapnyaaa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pun baru tahu kewujudan Laksa ni bila kawan akak ni bagi akak rasa. Ni kali kedua kawan akak bagi laksa ni. Daging masak opah ni signature dish akak pulak.

      Padam
  3. skali tgk mcm laksa johor sbb kuahnya mcm tu..tk pernh try lg laksa pahang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya....ada rupa Laksa Johor juga tapi yang ni makan sekali dengan belacan juga.

      Padam
  4. saya tak pernah rasa laksa pahang. rupa dia nampak macam laksa johor pula
    rasa kuah tu sama mcm laksa johor ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah lama juga tak makan laksa Johor jadi tak boleh buat perbandingan. Kalau tengok rupa kuahnya ya sama.

      Padam
  5. i tak pernah mkn laksa pahang...agak2 sama ker mcm laksa johor tu?

    BalasPadam
  6. Ada juga laksa Pahang yaaa. Belum coba saya kak. So far dah coba laksa Penang, laksa Melaka, laksa Serawak. Penasaran dengan laksa Johor dan laksa Pahang juga

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

JM Bariani House | IOI City Mall

Dah lama sangat-sangat kami tak makan kat JM Bariani House ni. Kami pernah makan di HQ JM Bariani ni yang terletak di Subang Jaya. Kami juga...