Pagi tadi, hubby hantar Dania ke Benua Equestrian Stable Pusat Ekuin UPM. Sebelah Fakulti Pertanian Dania je. Kena tunggu bawah pondok ni sebelum aktiviti kesukarelawan bermula. Tiada bayaran dikenakan dan sukarelawan akan mendapat e-sijil.
Dania jadi sukarelawan kat sini.
Luas juga ni tempat kuda berlari dan training menunggang kuda dilakukan di sini.
Ada juga kuda yang dilepaskan di kawasan berpagar tepi jalan. Kuda-kuda ni la yang saya akan nampak jika nak hantar atau ambik Dania ke Fakulti. Mesti menjeling ke arah sini.
Stable tempat penyimpanan kuda. Sambil-sambil tunggu Dania habis program saya ambik kesempatan la tengok kawasan.
Ok....Dania dah datang ni. Ada lori pulak nak mengundur.
Lori makanan dan penjagaan kuda Tallahesse. Nasib baik la saya dibenarkan lalu dulu...kalau tak, kena tunggu la lori ni mengundur.
Video dan gambar-gambar yang dikongsi oleh Dania.
Masa ni Dania tengah bagi kuda ni carrot. Sukarelawan kena bawa carrot jadi Dania bawa dari rumah. Cara bagi makan carrot kat kuda ni....bila kuda menggigit setengah bahagian carrot maka kita kena patahkan. Setengah carrot lagi letak atas tangan supaya kuda akan makan dari tangan kita. Better pakai sarung tangan la takut geli pula kalau ada airliur kuda.
Mesti mata kuda ni cerah sebab makan carrot.
Kuda coklat pulak.
Ni kuda dibawa berjalan kat kawasan latihan.
Ni apa pulak?. Ummi comel kan?. Ada kucing cantik kat Pusat Ekuin ni.
Video ramai-ramai.
Gambar peserta yang terlibat. Ada budak2 join jugak tapi kena ada orang dewasa juga la.
Terms kuda yang Dania belajar kat sini :
Gelding ialah kuda jantan yang telah dikasi. Kalau haiwan lain dipanggil lain pula.
Stallion ialah kuda jantan yang belum dikasi dan boleh dikembang biak.
Mare ialah kuda betina yang berumur 4 tahun ke atas.
Filly ialah kuda betina berumur di bawah 4 tahun.
Gelding pernah keluar soalan test Dania baru-baru ni dan soalan a group of pigs is called?. Ni Dania confuse banyak ni. Kalau google a group of pigs dipanggil drift, drove, parcel, team, sounder, passer dan piglets (anak babi) dipanggil a group of litter. Dania kata macam belajar bahasa tapi sebenarnya kena tahu juga sebab dah belajar pasal sains haiwan kan...
Masa lalu kat kawasan kuda ni pernah la nampak kuda ni berguling macam kucing tu kat tanah. Dania tanya la soalan kenapa kuda berguling?. Jawapannya kerana kuda nak membetulkan tulang-tulang dia. Agaknya lenguh la kot. Kalau kat stable kuda kawasan agak terhad jadi susah la kuda nak berguling.
Tapi Dania kata ada juga bawa kuda berjalan kemudian kena bunyikan mulut 2 kali dan kuda tahu kena berlari dan Dania pun berlari jugak dengan kuda. Kuda tu akan ikut tempo kita berlari. Bila bawa kuda berjalan jangan pandang muka kuda kerana ini akan menyebabkan kuda tak yakin dengan kita. Dania tak ambik video pulak 😅. Sayangnya.......
Bila join aktiviti macam ni banyak juga ilmu yang kita boleh dapat walaupun hanya 3 jam sahaja aktiviti sukarelawan ni. Terisi juga cuti semester Dania masa seminggu ni.
XOXO,
Ezna
nieyl kan kak, teringin nak naik kuda tapi kan takut menyeksa dia pula sebab nieyl berat hehehe
BalasPadamSebenarnya boleh Nieyl sebab kuda dewasa tu badan dia memang kuat. Boleh je menampung orang dewasa cuma jangan naik kuda padi sebab tu jenis kecik.
Padambagusnya dania join aktiviti2 gini.terbaek!! good for her CV jugak nanti
BalasPadamJoin sebab dekat sangat dan kebetulan cuti. Nak tambah extra utk sukarelawan dalam CV juga :) Thank you Suzz.
PadamBagus aktiviti macam ni, banyak pengalaman nya.
BalasPadamYa. Ada benda yang baru baru tahu....
PadamSeronok Dania dpt timba pengalaman
BalasPadamAlhamdulilah....pengalaman dijadikan panduan.....
Padamseronok dania join sukarelawan tu..byk terms bole blajar....sambil2 tgk kuda dgn lebih dkt
BalasPadamoh baru saya tahu kuda pun berguling-guling macam kucing ya. tapi kucing berguling sebab sengaja nak mengada, kuda ni ada sebab utk tulangnya xD
BalasPadamokay noted, tak boleh pandang muka kuda masa tgh berjalan ye.. ilmu baru ni
Saya suka dengan kuda, tp kadang kalo besar sangat , dan nak bagi makan, takuuuut digigit hahahahaha.
BalasPadamLucuuuu nyaaa kucing tu 😍😍😍. Manis mukanya yaa.
Beberapa istilah kuda tuh ada pula yg serupa nama anak saya, filly. Tapi beda tulisannya, kalo ejaan nama anak saya Fylly. 😄.
Biasa dengar kuda Stallion je.
BalasPadam