Khamis, Disember 26

Karnival Kesihatan Agenda Nasional Malaysia Sihat dan Pencegahan Bunuh Diri

Lepas Dania habis kelas, kami menuju ke Dewan Besar UPM sebab nak singgah booth Polis Bantuan UPM. Kebetulan ada Karnival Kesihatann kat sini. 

Sementara Dania beratur kat booth Polis Bantuan, saya round dulu la kat sini nak tengok pameran. Ada pasal scam ni. Sekarang ni memang kena berhati-hati kan?. Baru-baru ni saya dapat call jam 5.30 petang hari sabtu....ya sabtu....nombor dari nombor telefon bimbit lepas tu cakap saya ada kes dengan akaun bank XXXX tapi bila nak bercakap tu dia tanya dengan siapa dia bercakap?. Aikkk...kata bank tapi tanya nama saya pulak. Ni pun dah saya pangkah dah so terus saya letak. Buang masa je bercakap. 

Berhati-hati la terutama nombor dari telefon bimbit....


No talian IPD berdekatan dengan UPM. 


Boleh la baca pasal jenayah cyber ni. 


Ini pula saya ke booth AADK (Agensi Antidadah Kebangsaan). Tengok la senarai yang dipamerkan. Ini semua dummy je ni. Daun famous ni....daun ketum. Kata pegawai AADK ni ada yang ketagih hidu gam, hidu petrol. Ishhh macam-macam la. 


Dadah sintetik. Kat Kelab Dangdut katanya ada kes penggunaan pil ekstasi. Pil kuda pula ada seorang artis Malaysia ditangkap kerana disyaki memiliki pil kuda. Tak tahu la apa ceritanya tapi pegawai AADK ni la yang bagitahu. Jangan terjebak.....sekali terjebak nak lepaskan dari belenggu dadah ni pun bukan senang. 


Klinik As-Salam pun ada. 


Macam-macam la info yang boleh kita dapat kat sini. 


Piramid Makanan. 


Close up sikit sajian yang kita perlu lebihkan dan kurangkan. 


Alamak ada jari saya pulak. Ini kata-kata untuk mereka yang ada niat nak bunuh diri. Banner ni kat Pejabat Kesihatan Daerah Petaling Jaya. Sebab ada kes........teettttt off record la. 😔

Kalau ada anda / sahabat anda atau sesiapa sahaja yang perlukan bantuan dari segi kaunseling cepat-cepat la seek help sebelum melarat. Mental health ni bukan boleh buat main ya. Tau tau terjun bangunan ke....(contoh ya...). Kat Pejabat Kesihatan ni ada bahagian kaunseling juga. 


Bawah sekali marker biru tulisan saya tapi tak cantik sebab bukan tulis atas meja tapi atas kain yang asyik bergoyang je haaa....


Lepas tu ke kaunter Polis Bantuan. Tak lama lagi UPM nak buat gate barrier kat certain check point jadi kena daftar la kenderaan yang masuk UPM ni. Dania nak daftar tapi system detect kediaman di 'dalam kampus' bukannya di 'luar kampus'. Kalau dalam kampus memang tak dapat la sticker kereta kecuali pelajar praktikal / tahun akhir / Majlis Perwakilan Kolej / OKU / Luar kampus. Nak kena pergi kolej Dania masa daftar Ijazah awal2 dulu....Kolej Canselor untuk dia tukar status kediaman kat sistem pelajar.  


Sementara nak tunggu ke Pejabat di Kolej Canselor buka jam 2 petang kena la buang masa dulu....beli la makanan kat sini. Ada 4 kot food truck luar dewan besar. 


Saya nak makan corndog je hari ni. Tak lalu nasi ke apa ke....tapau je sebab takde pun tempat nak makan kat sini. 


Tak banyak pun food truck....


 Bila nak habiskan masa, lepas ni nak minum dulu kat dalam UPM ni. Kita jumpa lepas ni...





XOXO,
Ezna

13 ulasan:

  1. Bagus pameran macam nie... Risau dengan isu mental health... Anak2 muda sekarang suka ambil jalan singkat, semoga dijauhkan dari anak2 kita semua.. Aamin2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya bab ambil jalan singkat tu kesian sebenarnya. Kesian kat dia, keluarga dia....moga yang terbaik untuk anak2 kita semua. Jangan ambil jalan yang singkat.

      Padam
  2. seronok dpt pi karnival mcm ni...eh ada klinik as salam juga...kita kalo tk sihat mmg slalu pegi klinik as salam..ni nk buat pemeriksaan kesihatan juga..insya allah esok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebetulan ada pulak Klinik ni Amy. Ohhh rasanya Klinik ni memang banyak branch dia kan....

      Padam
  3. Bagus kita refresh semula pengetahuan Am bab kesihatan kan...

    BalasPadam
  4. Memang banyak dapat panggilan dari no HP yang tidak dikenali. Kadang dah angkat lama pulak dia nak cakap.. bila dia perkenalkan diri, terus stop.. malas nak layan.
    Terpaksa juga angkat sebab Wafi call dari asrama guna public phone yang no bertukar.

    Isu mental health ni agak merisaukan juga, semoga kita semua sentiasa dalam peliharaanNya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ya...kadang no public phone pun macam ala ala handphone sebab dulu Dania call dari public phone pun no dia macam handphone. Memang ada terima lagi call dari syarikat trading pulak baru2 ni. Cara percakapan ala ala orang Thai. Kebetulan dok tengok movie Thicha (movie thai) kat Netflix. Saya terus bantai cakap bahasa malaysia..aikkkk dia letak phone? Siapa nak scam siapa ni?. Sebenarnya saya membebel je...entah apa cakapnya....Haha...Adan Uke....

      Padam
  5. Sy jarang nak angkat kalau no yg x dikenali call. Kdg tu bila terangkat, cepat² letak. Pernah juga katanya dari bank kot, tapi call guna Whatsapp. Kita block terus.
    Risau sy dgn kes mental health ni :(

    BalasPadam
  6. Seronok juga bila dapat peluang ke pameran macam ni. Pelbagai info boleh kita perolehi. Saya memang tak akan angkat no tel yang tidak dikenali. Yang kenal saya mesti tahu, kalau betul-betul penting mereka akan wasap sahaja.

    BalasPadam
  7. Best, saya suka karnival macam ni. Tapi part check kesihatan tu selalu lari walaupun free, hahahaaa. Kena ada kawan heret, paksa tapi kena pergi sendiri, mmg kirim salam.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

JM Bariani House | IOI City Mall

Dah lama sangat-sangat kami tak makan kat JM Bariani House ni. Kami pernah makan di HQ JM Bariani ni yang terletak di Subang Jaya. Kami juga...