Sabtu, Disember 28

Bubur bukan masa sakit sahaja tapi…

Siapa kat sini yang suka makan bubur nasi?. Saya memang suka. Dania pun suka. Hubby pula semua dia makan. Tak memilih orangnya....hehe. Bab ni saya bersyukur juga. 

Sebenarnya ni lebihan nasi hari sebelumnya....saya letak banyak air dan campurkan kentang dan ayam. Nasi tu pulak saya blend dulu jadi tekstur dia halus la macam ni. Letak juga bawang putih, bawang merah, cili merah, garam secukup rasa, halia dan lada sulah. Tapinya saya tumis bahan2 bagi naik bau baru masukkan nasi ni dengan air. 


Buat juga kacang buncis tumis dengan telur. Siap dah la makan malam. Simple tapi mengenyangkan juga. 


Makan malam siap dah la. Simple je kan? Makan la kalau nak ada kicap...letak la kicap tapi saya makan macam ni je la...tak ada sup dan lain2 kecuali sayur ni je la. 





XOXO,
Ezna

 

8 ulasan:

  1. Suka gak bubur tapi selalu campur ikan bilis or Sayur kangkung gitu..Memang sedapp bubur nasi! Tak sakit pun Sedap rasanyaa!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sayur kangkung pun sedap kan....tapi sebab kangkung tak ada tu yang buat kacang buncis tu. Kalau orang terengganu buat nasi air lagi banyak lauknya....

      Padam
  2. sedapnya bubur!! ur hubby tu contrast dgn my hubby lah bab2 mkn ie my hubby sgt fussy/memilih bab2 mkn laaa...redho jer dh 20 tahun kawin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang macam tu dari dulu lagi Suzz....setiap individu lain2 jadi betul kata you redho la kan....

      Padam
  3. Saya suka-saya suka. Makan dengan sambal hijau ikan bilis, uish dapnya. Kadangkan, saya ambil nasi letak banyak air masak, buh kicap. Bubur saya just like that, ahahaha!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uihhh bila cakap macam tu terus terbayang dan terliur terus....Sedap tu.

      Padam
  4. bubur mmg sinonim utk org sakit tp kalo musim ujan dpt menu bubur sedap juga

    BalasPadam
  5. Ya Allah Kak Ezna..saya dah lama tak buat sendiri n makan bubur nasik nih...bila tengok Kak Ezna buat rasa macam kena buat jugaklah nanti ni hihi...

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

JM Bariani House | IOI City Mall

Dah lama sangat-sangat kami tak makan kat JM Bariani House ni. Kami pernah makan di HQ JM Bariani ni yang terletak di Subang Jaya. Kami juga...