Selepas melawat ke dalam muzium, kita juga boleh melawat rumah tradisonal melayu kat luar Muzium. Ada 4 rumah tradisional iaitu rumah tradisional Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Perak. Sebelum ke sini Dania dah pesan dah jaga-jaga ummi kat sini. Cerita-cerita yang didengar tu tentang nenek tua akan membersihkan kawasan sekitar sini kalau petang-petang. Jangan tegur takut ikut sampai ke rumah.
Bila nak ke kawasan ni tanya la pegawai yang bertugas di kaunter depan muzium ni. Sibuk saya tanya ok ke?. Akhirnya dia cakap jaga adab kalau ke situ. Rumah-rumah lama kan macam ada 'semangat' kat tiang seri kan?. Ni saya yang cakap ya bukan pegawai tadi yang cakap. Masa saya ke sini dalam 2 lebih petang kot.
Ini rumah yang pertama. Sebelah je dengan Muzium Warisan Melayu. Rumah tradisional Negeri Sembilan.
Nak ke seberang sini kena melalui jambatan. Jambatan pejalan kaki je. Lalu rumah tradisional Pahang pulak. Pintu memang terbuka tapi ruangan di dalamnya gelap. Mula la imaginasi saya pun.....pejalan kaki pun dekat je dengan pintu yang terkuak tu. 😅
Ini pula rumah tradisional negeri Terengganu sebab kat bawah rumah ada sampan.
Hujung sana rumah tradisional negeri Perak. Rumah ni seakan rumah ibu saudara papa saya di Perak. Kat lantai rumah ada lantai papan yang jarak sehingga kita boleh nampak ke bawah. Pernah nampak tak?. Selalunya kadang2 basuh pinggan mangkuk kat situ. Bila tak guna akan ditutup guna zink.
Close up rumah Perak. Saya tak berlama-lama kat sini sebab debaran di hati. Rasa tak tenang tapi tak rasa meremang. Kebetulan hanya saya seorang je kat sini. Kalau ramai-ramai datang tu lain la. Ok je kot.
Lepas ni masuk kereta. Alang-alang Dania punya kelas sampai jam 5...saya dah melawat Muzium dan kawasan rumah ni...saya tak balik rumah dan pergi minum dulu kat Serumpun. Bagi tenang sikit. Lain kali rasanya nak pergi tempat macam ni kena berteman la. 😅.
Rumah tradisional melayu ni terletak di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM dan memang boleh melawat. Ia sebahagian dari Muzium Warisan Melayu. Lawatan sekolah / institusi pengajian yang lain pun ada buat lawatan kat sini.
Dah lama pun kewujudan rumah tradisional kat sini….
XOXO,
Ezna
Saya yang baca pun macam hendak meremang juga bulu roma.
BalasPadamMaklumlah, tempat begini tanpa penghuni biasanya ada penghuni lain yang kita tidak nampak.
Tu lah Amie. Saya pula melawat sorang2. Memang suasana jadi lain. Saya rasa berdebar cumanya tak meremang la. Tambah pulak ada cerita seram yang diceritakan pelajar....
PadamMemang dah lama ke ada rumah-rumah tu Kak Ezna..?
BalasPadamTapi saya pun ingat jugak rumah Opah kat kampung yang tempat basuh pinggan tu memang lubang nampak sampai ke tanah...
Ya dah lama kewujudannya dan kita pun boleh melawat. Sebahagian dari Muzium Warisan Melayu ni. Cumanya kalau boleh melawat ramai2 lagi better kot. Haaa ada juga kan rumah macam ni....
Padammemang boleh masuk ke rumah tradisional tu kak ezna?
BalasPadamYa boleh masuk kalau nak....akak je tak masuk. Lalu depan je.
Padammmg berani ezna sorang2..seram la
BalasPadamYa....beranai-berani takut. Lain kali muzium yang ada artifak dan juga barang2 'lama' ni kena pergi berteman la. Jangan pergi sorang2.
Padam*berani-berani
PadamAlamak..Sorg2 melawat kwsn mcm ni mmg syerammm sikit sis..Tp sy suka design rumah tinggi kayu gini...=D
BalasPadamYa kebetulan nak tengok la sebab selalu lalu kat depan dengan kereta je. Tak pernah nak singgah. Ada kesempatan sis singgah lepas tu takut pulak.
Padamerr i tak berani la ezz gi tempat2 gini..i plak suka baca mcm2 citer mistik haaha
BalasPadamI pun tengok movie mistik ni. Tapi bila pegawai tu cakap Jaga Adab...I pun automatik dalam kepala...errr ada la ni. Dia tak teman I pun ke sini. I sorang2. Lepas tu tak balik terus la sebab rasa tak tenang. Tu I singgah minum dulu sampai Dania balik....
PadamLain kali tak nak dah sorang2.
Eh saya baru tau ada rumah tradisional ni dekat UPM... boleh masuk ke dalam rumah tu atau sekadar duduk luar2 je? Menarik ni
BalasPadamYa boleh masuk kata penjaga muzium ni tapi nak masuk pun tak berani kerana gelap. Dah la sorang2. Kalau ramai2 silakan la masuk.
Padamoo..ada rumah2 mcm ni kat sana, wahhh..
BalasPadamnampak sunyi sgt..berani Ezna, kalau MA memang x la..I is penakut...
Itulah MA sepatutnya saya berteman nak ke sini. Memang suasana agak suspens juga. Kalau ramai2 ok je sebenarnya. Adik jaga muzium pun kata dia sorang je bertugas....nampaknya kena jalan sendirian yang mana kita pun rasa tak selesa. Lepas tu dia cakap jaga adab....lagi la suspens.
PadamLenkali janan pi sensorang Ezna..bahaya...SA tau wujudnya rumah- rumah ni...tapi x pernah pi explore
BalasPadamYa SA terima kasih mengingatkan. Tak buat dah....rasa tak selesa kat sini sorang2.
PadamSaya kalo ajak ex asisten saya yg punya indera keenam, mungkin selama di dalam dia terkaget2 😂. Lalu saya yg ketakutan. Dia bisa nampak Macam2 soalnya.
BalasPadamTapi memang rumah lama seperti ini, saya pun tak berani Macam2 kak. Memang harus jaga adab dan pikiran. Percaya tak percaya, tapi makhluk jin ini ada dan kadang suka iseng. Teman saya pernah diikuti dari Lampung sampai ke Palembang. Akhirnya minta bantuan Pastor karena dia katolik utk mengusir yg ikut itu
Aduhhhh gifted sixth sense ni kalau kakak pun minta tidak diberikan. Tapi biasanya orang yang gifted ni dia tak takut sebab dia dah biasa nampak macam-macam. Eiiiii ngerinya Fanny.
PadamHaa sudah ada yang ikut ya?. Takutnya......soalnya muka mereka (jin/hantu) ini beda malah mungkin menakutkan.