Rabu, Disember 4

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 nanti. 

Kalau nak berjogging ke boleh la ke Bukit Ekspo ni. Dulu masa Asasi, Dania duduk kat Kolej 14 tu selalulah berjogging area sini. Lepas tu bila ummi nak datang hantar dinner je selalu kena la tunggu Dania mandi siap2. 

Teringat ummi hantar dinner ya without fail setiap hari. Kalau sekali-sekala ummi tak masak...kita makan kat luar je. Of course la datang dengan ayah Dania sekali. Kalau time sahur tu memang ummi akan hantar mangkuk tingkat setiap hari untuk Dania bersahur. Time nak sahur tu ummi akan wake up call. 

Jadi, sekarang duduk kat rumah je lah bila time Ijazah....ummi masak setiap hari. Sebelum pergi kelas petang tu Dania makan tengahari dulu kat rumah kecuali hari yang ummi tak masak. Kalau rumah jauh memang kena duduk kolej la. Ni rumah......dekat sangat 😅. 


Masa ni tak ramai lagi la student kat sini beriadah. Lengang je. Dulu time hubby diploma kat sini. Masa tu Diploma masih ada di UPM, Serdang. Sekarang ni program Diploma semua berpindah ke UPM Kampus Bintulu. 

Masa dulu Pesta Konvokesyen diadakan di Bukit Ekspo ni lah. Sekarang ni Pesta Konvokesyen tidak lagi diadakan di sini tapi di pekarangan Dewan Besar UPM. 


Ada pula construction kat sini nak bina tempat bekalan air. Itu yang saya baca. 


Time ni memang panas tapi nampak macam mendung pulak dalam gambar. 


Ni saya berdiri betul2 kat gigi air tasik. Kat sini ikan dia banyak. Cuba letak makanan....takde pula saya bawa makanan ikan. 


Dari UPM main campus, nak ke Fakulti Pertanian kena lalu bawah terowong ni nak ke jalan sebelah dalam. Kat hujung jalan depan tu belah kiri tu Farm Fresh @ UPM. Boleh naik traktor lalu kawasan atas bukit. Tak pun nak makan2 kat sini pun boleh. Kawasan dia cantik la. Dulu ada pokok besar yang selalu ada penggambaran kat situ. Contohnya Lagenda Budak Setan. Pokok ikonik ni dah takde sebab pokoknya dijangkiti penyakit. 

Credit : Lagenda Budak Setan

Fakulti Pertanian pula kena belok ke kanan. 


Lepas ambik Dania, Dania kata nak singgah Watson pulak sebab nak beli ubat gigi. Kena lalu pula kawasan UPM sebab nak ke Seri Serdang. Bila ada pokok yang dicantas, boleh nampak Jirat Cina (perkuburan orang cina) kat sini. Luas kawasannya. Kalau takde pokok pagar ni boleh nampak terus jirat cina ni. Masa ni dalam kereta tengah tunggu traffic light yang warna merah ni. 


Saya park tunggu tepi ni je. Dania pergi beli la ubat gigi dia. Kat Seri Serdang ni dah la busy jadi saya kalau selagi boleh elak saya lebih suka tak datang sini. Parking pun susah sebab banyak kereta kat sini. 






XOXO,
Ezna


 

15 ulasan:

  1. Sy pernah skali dr perak nk blk KL ikut jln dlm tapah, jln gelap & hujan renyai2..Tetibe masa nk konar tu lampu kereta suluh jirat cina..Dua2 diam =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah kalau malam2 ni memang seram juga. Jirat Cina dan Perkuburan Islam memang laluan ke UPM di pintu utama. Idea untuk tanam pokok pagar tu bagus sangat...Idak nampak la tanah perkuburan tu direct.....

      Suspens tu dalam gelap tersuluh pulak.....

      Padam
  2. senangnya hati kan kak anak sentiasa ada depan mata...saya ni walau dekat dengan anak tapi rasa jauh,tiap minggu tak sabar nk jmp sabtu ahad

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pernah rasa camtu gak time Dania duduk kolej masa Asasi. Tu yg rajin hantar dinner tu....tapi sekarang takpelah duduk rumah ajer. Alhamdulilah.

      Macam tu lah perasaan mak mak Afzan. Kalau anak bukan depan mata, hati tu rasa macam tak complete pulak. Teringat kat mereka. Faham sangat....

      Padam
  3. rezeki dpt tgk anak di depan mata hari2 :) alhamdulillah. my zharfan tu wpun dok hostel tp kerap la balik rumah hahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama macam Dania gak dulu, ummi dia datang setiap hari hantar dinner....hari minggu balik jugak. Kecuali Dania tak balik sebab ada program atau nak study dengan kawan2 tapi ni jarang2 berlaku....

      Padam
  4. Senanglah dania boleh ulang alik rumah je setiap hari. Saya masa belajar puncak alam dulu dapat balik rumah setiap weekend jelah. Duduk rumah sendiri jimat tak payah nak menyewa luar kan 😁

    BalasPadam
  5. Sama la dengan uncle... Suka anak membesar depan mata

    BalasPadam
  6. Huntungnyer budak2 sekarang.
    Wak tak pernah lagi masuk area UPM

    BalasPadam
  7. Oh Dania tak duduk kolej dah ye... Patut la hari² Mama hantar ye.
    Pasal Fish & Chips tu, namanya Fish & Chip Soodap. Katanya viral dekat Kajang & Bangi. Ezna tgk latest post dekat blog SA 🤗

    BalasPadam
  8. alhamdulillah rezeki dpt belajar dekat2... ni dok terfikir & risau jugak..mcm mana la Ian bulan puasa nanti... alahai..
    subhanallah..cantik view tepi tasik tu

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah... Seronok tengok cicrle mak2...
    Linda nie, kalau boleh nak anak dok asrama, belajar berdikari... Ehhh.. Lain macam pulak mak nie... Hihihi...
    Mana2 yang terbaik lah untuk anak2 kita... Insya-Allah...

    BalasPadam
  10. I dulu2 pernah lah masuk dlm upm tu..kebetulan my kakak (kak su) buat degree kat situ..sempat gak i tumpg tidur satu mlm kat hostel kak su😂😂😂

    BalasPadam
  11. untung Dania...x yah duduk asrama...macma UCAM memang wajibkan semua student dia duk asrama..x kisah la asasi ke apa...

    BalasPadam
  12. Duuuh sayang juga pohon besar yg ikonik tu dah tak ada yaa. Cantiiik pasti.

    Pekuburan cina nya luas juga. Tak jauh beda dengan di sini. Apalagi memang kuburan mereka biasanya besar2 kan, hampir sama dengan kuburan suku Batak Kristen. Tapi kalo orang Batak Kristen suka buat kubur nya di halaman sawah mereka atau rumah.

    Soalnya saya pun Batak juga, hanya saja muslim. Jadi tiap balik kampung pasti melewati kuburan cina dan Batak di Tapanuli.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

JM Bariani House | IOI City Mall

Dah lama sangat-sangat kami tak makan kat JM Bariani House ni. Kami pernah makan di HQ JM Bariani ni yang terletak di Subang Jaya. Kami juga...