Setelah bersesak nak masuk UPM ni masa nak fetch Dania, lepas ambik je Dania terus cari parking nak ke Pesta Konvokesyen ni atau nama singkatnya Peskon. Tapi....kami park jauh la. Saya park kat Fakulti Sains. Nak park dekat2 payah la sikit.
Nampak busy dengan lori dan kereta mereka yang bertugas kat sini.
Lalu kawasan Jeruk Thailand ni.
Ni hasil UPM ni. Telur masin.
Telur puyuh ni saya beli 3 pek.
Telur itik pun ada.
Macam-macam jualan hasil dari UPM. Ada juga labu tapi labu ni saya tak pernah masak jadi tak beli la.
Ni kat Fakulti Pertanian punya kanopi. Kadang ada klinik pertanian diadakan di sini. Ada juga jual hasil dari ladang. Ada beli sayur pak choy dan bayam kat sini. Sayur-sayuran ni organik Dulu masa Dania tanam bayam, nak halau serangga guna semburan bawang putih.
Ambik gambar kat Fakulti Dania ni haa....
Kat sini singgah beli air ribena nata de coco ni. Cuaca panas ni bila minum air ni segar je rasa.
Time ni jalan kat sini tenang je.
Ada stage juga kat sini. Tak silap ada artis juga akan datang perform.
Ada jualan bunga-bunga juga kat sini.
Haaa ni la artis yang akan buat persembahan. Ada Black, Datin Alyah, Najwa Latif, Namie, Ara Johari, Fitri Haris dan Ustaz Habib Ali yang akan beri ceramah pada hari khamis malam.
Datang sini memang niatnya nak beli hasil dari UPM jadi idak la lama-lama sangat kat sini sebab faktor cuaca. Balik la saya kat rumah dulu sebelum nak menghantar buah tangan untuk kawan saya. Kiranya nak balas juga la sebab kawan saya nak bagi saya laksa pahang. 😍.
***Insya Allah hari ni Dania nak menyertai sukarelawan di pusat equestrian. 😉
XOXO,
Ezna
Pastinya banyak hasil pertanian dijual kat peskon tu erk
BalasPadambila pegi pesta konvo ni mcm2 jualan ada...siap pitis je nk membeli kan
BalasPadamSeruuu kalo dah datang ke pesta konvo begini 😍. Saya sukaaaa. Banyak acaranya. Trutama jualannya 😄.
BalasPadam