Kat rumah ni ada seekor kucing liar yang datang. Dia sangat bersopan-santun. Eh ada ke kucing bersopan-santun?. Ya memang sopan kucingnya sebab tak menggigit. Cuma saya je yang takut. 😅. Dania macam sayang jugak kat kucing ni. Dulu nama dia Diva Daisy. Dah tukar nama jadi Hitam Sayang. Dia suka tidur kat atas kereta. Kalau tak atas kereta, kat spoiler tempat dia tidur.
Tengok la rupanya. Hampir tak nampak mata Hitam Sayang ni. Mata.....mana mata? Tak tahu la nak kata warna hitam sangat pun tak sebab bila kena cahaya matahari jadi warna keperangan.
Masa ni nak ambik Dania ni. Dia pulak baru bangun tidur.
Masa ni dah masuk dalam kereta dah....amboiiii dari bumbung kereta dia menghabiskan masa santai-santai basuh badan kat spoiler saya pulak.
Bila jalan, Hitam ni turun la kereta. Kalau idak....ikut sekali la ambik Dania ya?.
Masa tengah tunggu Dania, ternampak gang cina kelas Dania dulu tengah beramai-ramai tunggu bas. Saya kenal mereka semua.
Tak lama kemudian, barulah Dania tiba. Ambik masa juga berjalan dari tempat amali tu sampai ke Fakulti. Tempat amalinya atas bukit. Tapi....rendah je la bukitnya. Dalam plastik tu ada kasut boots dan sarung tangan.
Bila Dania masuk, Dania macam ada bau manis manis. Ni pelik....rupanya Dania buat Silage tadi. Saya suruh Dania terangkan apa itu Silage?. Silage ni ialah makanan untuk ternakan yang diperam. Kalau kat oversea tu lazimnya makanan ternakan yang diperam ini akan dibuat sebelum kedatangan musim winter. Masa winter mana ada pokok-pokok kan?. Kalau kat Malaysia pula selalunya dibuat sebelum musim hujan dan ketika musim hujan tanaman pun ada yang tak menjadi.
Cara pembuatannya....Dania sedang tebang rumput Napier. Bekerja keras nampaknya anak ummi ya....
Kemudian, rumput Napier akan dimasukkan ke dalam mesin chopper untuk rumput Napier ni. Kemudian bila dah hancur akan dicampurkan juga Molasses Sugar. Haaa macam ni la cara pembuatan rumput Napier yang diperam ni atau Silage. Kalau dalam Bahasa Malaysia dipanggil Silaj. Dania belajar dalam Bahasa Inggeris jadi tu yang ayat pun in english la. Saya pun tak pernah dengar perkataan Silage ni.
Selain kena buat Silage, Dania pun kena bagi lembu makan. Bila time nak bagi makan...lembu ni keluar lidah....Dania pulak geli....habis bertaburan Silage. Sabar je lah. Excited dah lembu tu jelir lidah nak makan 😅. Silage ni Dania kata dah disediakan pada bulan Julai 2024 lagi.
Patut la bila masuk kereta bau Dania manis manis je. Rupanya masa buat Silage tu Dania juga kena letak Molasses Sugar kat Silage tu. Kalaulah Dania nak pursue dalam Pemakanan Haiwan....belajarlah sebaik mungkin ya...dulu ada peluang sambung dietetik (pemakanan manusia) kat University of Cyberjaya, Dania tolak.
Dania belajar, ummi pun belajar sama....gambar dan video Dania di lapangan amali ni dari phone Dania. Saya tak ada pun kat situ. Kena clarify sebab amali Dania ni waktu kuliah. Takde pun di luar kuliah (setakat ni la.....).
XOXO,
Ezna
comel nya si hitam sayang tu, teringat Tommy..
BalasPadamwah bagusnya, byk belajar new things..kami yg baca pub dpt jugak la ilmu nya.. terima kasih.. :-)
Hitam sangat ni MA. Hitam2 pun ada yang sayang. Ah ah ada benda pun kita pun tak tahu....jadi kita belajar ilmu baru. :) Sama-sama MA.
PadamDkt rumah sy pun ade seekor kucing hitam - kucing jiran depan rumah..Manja jgk..Kami panggil rentung..=D..Bestnya tengok perjalanan study dania =D
BalasPadamMementang hitam panggil rentung ya. Hehe...agaknya kucing hitam ni memang jenis manja2 kot. Kalau tengok perangai kucing ikut warnanya....kalau kucing berwarna hitam selalunya vokal.
PadamKalau si hitam nie.. Selalu terkejut waktu malam, tiba2 nampak mata je bercahaya... Hahaha...
BalasPadamKesian lah lembu tu, tak sempat nak jilat makanan nya... Hihihi
Linda, tak payah malam....siang pun akak boleh terkejut. Bila akak buka pintu...dia melompat dari tembok. Udah akak menjerit sebab terkejut. Malam2 kalau tengah jalan yang gelap suspens gak nampak kucing ni sebab mata dia bercahaya.
PadamTukang bagi makan kat lembu geli.....kesian lembu tu.....lidah panjang nau...
Very informative lah ezz entry u ni👍👍psl rumput tu etc🥰
BalasPadamI pun baru tahu jugak.
PadamNext Dania akan belajar ni kot..diorang berdua kan macam sama course...
BalasPadamYa sama course sebelum ni SA tapi Dania dah tukar program pulak untuk 2024/2025 ni jadi fokus dekat haiwan sahaja. Mungkin ada juga persamaan sikit2 bab agriculture.
PadamSaya pun jadi tambah ilmu. Ternyata bisa dikasih molasses juga utk pakan ternak ini yaaa. 👍. Masuk akal kenapa dibuat sebelum winter atau musim hujan. Jadi ingat kombucha, yg susah sangat dibuat saat winter. Krn utk fermentasi dia butuh udara hangat
BalasPadam