Jumaat, Disember 27

Kawan lama dan Kolej Canselor

Kami singgah kat Serumpun nak makan dan minum. Makanan saya tapau tadi dari Food Truck. Dania pula pergi beli air masa ni. Saya tak duduk diam kalau nampak kawan Dania. Hehe. Saya tegur bebudak Cina ni. Rajin pergi kelas mereka ni. Dari kiri Theang, David dan Aric. Ni kawan sekelas Dania masa program lama Agribusiness. 


Saya tanya mereka ni Sem 3 ni subjek apa yang susah. Terus Theang cakap Agribusiness Statistics. Saya cakap Dania pun kena ambik Statistics for Animal Science tapi next sem. 

Mereka ni nak tunggu bas la untuk ke Fakulti Pertanian. Dania pula kelas agak free sebab dapat potong 8 kredit. 6 kredit pula dapat potong untuk sem depan. Belajar elok-elok ya anak-anak. Terasa macam dekat di hati je. Macam anak sendiri. 


Saya makan saya punya corndog dan Dania mee dia...


Lepas makan, terus kami ke Kolej Canselor since pejabat dah buka la lepas jam 2 petang. Ok settle dah nama Dania dah jadi pelajar luar kampus dalam SMP (Sistem Maklumat Pelajar). Kolej Dania dulu paling depan belah kiri tu nama Masria. Duduk 4 hari 3 malam je masa Bacelor. Lepas tu terus duduk rumah. Masa tu Dania sorang2 je dalam bilik berdua. Kawan sebelah katil tak daftar agaknya. Lepas tu ada dengar2 citer mistik pulak....lagilah....tapi Masria ni clean....insya allah....err yang lain tapi tak sure yang mana. Masa minggu perkasa putra tu kesian betul kol 1 pagi pun Dania tak dapat lelapkan mata walaupun mereka semua memang dah kat kolej la masa tu.  Tak tenang jugak ummi dia masa tu.

Sekarang alhamdulilah....Dania happy, saya pun happy....bersyukur....saya dapat rasakan Dania rasa panjang je masa 4 hari 3 malam tu. Lepas tu cakap bila ummi nak ambik? 😅. Sebenarnya saya pun rasa tak best juga jika Dania tak best kan....


Nak kena apply pulak sticker online nanti supaya bila gate barrier berkuatkuasa takde la masalah nak ke blok akademik. 





XOXO,
Ezna

11 ulasan:

  1. yg penting dania happy so dpt fokus study 100% :) memang rezeki sgt tu dpt dok rumah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah Suzz. Lega juga I. Tapi ada je jiran kat rumah I ni anak dia kat UPM juga baru masuk tapi memang dia nak anak dia kat Kolej sebab anak dia tak boleh fokus kalau ada kat rumah. Lain anak, lain peelnya cuma kita la ibu bapa kena cari solusi yang terbaik untuk anak2 kita.

      Moga anak2 you Zharfan, Ariff dan Razeen juga Dania berjaya di dunia dan akhirat ya Suzz.....aamiin....

      Padam
  2. seronok bila jumpa kawan lama
    betul kata sis MZ, rezeki sgt sbb dpt duduk rumah & ou dpt uruskan dania...alhamdulillah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah sangat MA. Kalau fikir time minggu perkasa siswa (orientasi) anak pun rasa tak best kita pun rasa tak best. Kalau ada kawan sebelah katil dia rasanya Dania ok. Ni memang tak ada orang.

      Padam
  3. Alhamdulillah! Semoga semuanya cemerlang dlm pelajaran menjadi manusia yang berguna. Seronok dia dpt ddk rumah. Ibupun kalau boleh nak Aqil sambung belajar tp x nak lepaskan dia jauh2. Aduh! Berbaki setahun je lagi tahun depan Aqil SPM.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kejap je masa berlalu. Tahu2 kena lepaskan anak ke tempat baru.

      Padam
  4. Semoga terus cemerlang dalam pengajian

    BalasPadam
  5. Ku membayangkan bagaimanalah nak handle daktiga nanti bila tiba masanya, uih! struggle. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Selamat belajar!

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

JM Bariani House | IOI City Mall

Dah lama sangat-sangat kami tak makan kat JM Bariani House ni. Kami pernah makan di HQ JM Bariani ni yang terletak di Subang Jaya. Kami juga...