Pada 16 Disember 2024 (Isnin), baru dapat tahu yang Dania kena attend majlis pada hari jumaat 20 Disember 2024. Tiba-tiba rasa nak surprise Dania dengan bunga. Kalau kat Bangi, saya kenal dengan Hanna Petals. Kebetulan dah setahun Hanna Petals ni berpindah ke tempat baru.
Tersesat juga la masa mula2 sampai. Jalan dah betul cumanya terlepas masuk simpang je. 😅. Kali ni Hanna Petals beroperasi dari rumah corner lot setingkat.
Ada la display contoh gubahan bunga tapi yang banyak boleh je refer kat facebook dan instagram mereka.
Ni kaunternya. Contohnya saya refer kat facebook ajer dan setelah setuju dengan harga, saya terus buat pembayaran. Kononnya pick up pada 20 Disember 2024 masa hari majlis la nanti. Ada beberapa bunga yang saya tempah. Ingatkan nak bagi juga kawan2 Dania. Saje suka2. Perempuan mana yang tak suka bunga kan?.
Ada cermin pula kat sini dengan meja dan kerusi ala rotan.
Hanna Petals ni bukan hanya ada florist ya. Mereka ada cafe coffee juga tapi kebetulan hari saya pergi ni cafe tutup.
Tempat duduk kat luar dengan tempat duduk berpayung.
Boleh la follow https://www.instagram.com/hanna_petals/ Mana la tau nak tempah bunga atau nak minum kopi kat sini. Kalau facebook pula boleh cari Hanna Petals ya.
Kat mana Hanna Petals & Kopi Treat ni :
No. 1 Jalan RD 1,
Taman Ramal Desa, Sg Ramal Dalam
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
Lepas tu 18 Disember 2024, dapat tahu pula majlis tu tangguh ke Januari pulak. Kiranya tangguh lagi 3 minggu. Udah melompat saya whatsapp balik Hanna Petals untuk tangguh pengambilan bunga lagi 3 minggu. Takkan la nak ambik hari jumaat pulak?. Macam-macam kan....😅. Design dia...tunggu nanti bila saya pick up bunga....err nak pick up tahun depan 2025.
Baru saya tahu yang cafe kopi ni muslimat surau kawasan rumah saya dah ambil alih dengan owner Hanna Petals. Beliau ada jemput ke cafe beliau kat sini. Dulu...Hanna Petals operate kedai bunga dan kedai kopi sekali. Kali ni beliau nak fokus kedai bunganya sahaja. Boleh la ajak hubby minum kopi kat sini nanti.
XOXO,
Ezna
nasibaik bole tangguh pengambilan bunga tu ye
BalasPadamItulah....nasib baik boleh.
PadamAla kena tunggu nx year le nak tengok bunganya hehe ...
BalasPadamKalau dekat nak juga saya terjah ni
Ya PH kena tunggu next year baru boleh tengok....ummi dia pun dah teruja nak tengok bunganya....dah kena tangguh pulak....
PadamNasib baik Kak Ezna sempat inform untuk postpone...tak sabar nak tengok rupanya macamana nanti hihi...
BalasPadamYa Sue. Nak kena tangguh la pulak. Nasib baik boleh. Kita tunggu je la next year baru la akak reveal.
Padamlama jugak tangguh tu :) mesti cute bunga utk dania tu
BalasPadamBeli yang simple je Suzz saje nak seronok2 je.
PadamMajlis apa la agaknya tu kan...bagus Ezna rajin bagi hadiah...seronok happy kan orang kan...
BalasPadamLama juga Mbak tangguhnya sampai 3 minggu, sampai tahun depan...
BalasPadamJadi penasaran bagaimana rancangan bunga yang dipesan.
Salam,
bestnya..sure dania suka dpt bunga nanti
BalasPadam