Isnin, Disember 2

Buat sambal kuinin....

Lepas balik dari rumah Kak Tie, rehat kejap....tunggu Dania habis kelas kita pun masak la. Dah nak habis sambal terung ni baru ambik gambar. 


Daun tenggek burung ada sikit lagi jadi habiskan la. 


Sambal buah kuinin. Hasil beberapa potong buah kuinin yang hubby dapat dari surau. Dah lama pulak tak makan sambal buah kuinin ni. Rasa dia pedas pedas manis. Manis dari buah kuinin ni la. Actually dulu masa kecik2 saya pernah makan sambal kuinin ni kat kg mama dan mama pun pernah buat sambal ni. Bila makan sambal nostalgia ni nikmat dia lain ya 😢. Seakan merindui sejarah dan mereka yang hadir ketika itu. 😭. Type ni sambil jatuh pula airmata saya. 


Udang goreng. Masuk cili kering dan bawang holland. Memang rasa manis bawang holland ni. 


 Sambal kuinin ada lagi jadi boleh la top up ulam lagi nanti. 





XOXO,
Ezna

17 ulasan:

  1. Sedapnya sambal kuinin ...
    Itulah, rindukan dgn masa lalu... Hanya mampu imbau kenangan saja 🥹

    BalasPadam
  2. rasa mcm my arwah ayah suka sambal kuinin ni, tp dh ingat2 lupa betul ker tak buah tu boleh buat sambal gini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buah kuinin ni bau dia kuat sikit Suzz. Tapi mungkin betul juga arwah ayah you makan sambal ni....

      Padam
  3. menu udang tu sodap..kita kalo buat ltk extra bawang....sambal kuini ada MIL buat br2 ni tp isi buah kuinin ada potong2 kasar juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada juga potong kasar tapi tak banyak sebab buah yang dapat pun beberapa potong kecik je Amy. Terus jadi sambal walaupun buahnya dapat dalam potongan kecik2.

      Padam
  4. SA suka buat sambal belacan letak kuinin...tapi susah nak dapat la ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul tak banyak orang tanam buahnya agaknya la.

      Padam
  5. Sedap sambal terung dan sambal kuinin 😋

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. Susah nak jumpa buahnya. Ni pun rezeki dpt potongan kecik.

      Padam
  7. Wah, penangan sambal kuinin jadi satu nostalgia yang mampu menitiskan air mata!
    Begitulah, kenangan lama memang sentiasa mengusik jiwa.

    BalasPadam
  8. pernah rasa sekali sambal kuinin ni
    tu pun sebab datang kenduri
    sy igt tu sambal belacan pd mulanya

    BalasPadam
  9. Semuanya sedappp .. CCL pernah sekali makan sambal kuinin .. tapi cannot go ..hehe

    BalasPadam
  10. fav Ibu ni...mesti buat kalau ada buah kuinin ni

    BalasPadam
  11. Saya dah lamaaaa sangat ga makan kuini. Dulu di Aceh buah ini banyaaak. Tp di jakarta langka pula.

    Kalo di Aceh kuini selalu dijadikan rujak khas Aceh. JD kalo rujak Aceh tanpa kuini, macam ga komplit kak.

    Tp pernah juga saya coba dijadikan sambal. Mama pernah bikin. Tp ga sering lah. Segaaar memang. Manis pedas, cocok untuk sambal ulam

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

JM Bariani House | IOI City Mall

Dah lama sangat-sangat kami tak makan kat JM Bariani House ni. Kami pernah makan di HQ JM Bariani ni yang terletak di Subang Jaya. Kami juga...