Jumaat, Disember 6

Jagung ungu dan Pelajar Nigeria

Sedang saya tour di Fakulti Pertanian, saya menuju ke ladang jagung ni. Selalu hantar Dania ke kelas saya nampak jagung ni dah tinggi. Kadang diadakan jualan. 


Kali ni kebetulan kita dah niat nak membeli dan nampak pemetik jagung Pak Din. Pak Din kata ada beberapa jagung untuk dijual.Wahhh langkah kanan saya ya.


Pak Din suruh ikut ke tempat nak beli jagung tu. Laluan agak lecak jadi saya berhati-hati. Pak Din ok lah siap dah pakai boots. Kalau bekerja di ladang memang kena pakai proper la. 


Ini contoh jagung yang dijual ya. Majoriti jagung dah dihantar ke suatu tempat. Tak sure tempat mana. Pak Din pun tak tahu. Saya beli 3 plastik jagung kuning di mana 1 plastik tu ada 5 tongkol jagung. Jagungnya bersaiz besar dan isinya berwarna kuning. Pembayaran saya guna QR Code je ada diletakkan kat situ. 


Ini pula dipanggil jagung ungu. 
Saya beli jagung ungu ni 1 plastik ada 3 tongkol. Harganya RM10. Mahal sikit dari jagung warna kuning. Kalau nak rebus tak boleh bercampur dengan jagung kuning ya. Pak Din yang bagitau. Nanti saya buat post rasa jagung ungu ni. Warnanya memang terang. 


Sambil tunggu Dania habis kelas. Saya jalan sekitar Fakulti Pertanian ni sampai ternampak juga kawan sekelas Dania program dulu. 

Masa jalan kat sini ternampak la beliau. Saya cakap Hi. Beliau balas Assalamualaikum. Baru tahu beliau ni muslim. Rupanya pelajar PHD nak buat research kat kawasan rumah hijau. Belajar di Malaysia katanya dengan duit sendiri. Oh ya beliau dari Nigeria. Hebat tu kiranya merantau nak menuntut ilmu. Dah la belajar oversea ya. 

Dania pula terus pergi ke kereta lepas kelas kemudian call ummi tanya kat mana. Selalunya saya standby dalam kereta ajer. Dania pun datang ke sini dan berkenalan dengan kakak pelajar PHD ni. 


Saya curious juga agama apa kalau kat Nigeria tu....katanya agama kristian dan agama islam seimbang. Tapi, kalau tengok statistik penganut agama Islam lebih dari agama kristian. Saya sebenarnya baru tahu info ni. Selama ni saya ingatkan Nigeria tu bukan negara Islam. Mungkin penganutnya beragama selain dari Islam la tapi tanggapan saya salah. Besar mana negara Nigeria ni?. Saiz Nigeria ni ialah kombinasi negeri California, Nevada dan Utah bergabung. Kita tahu kan kawasan kat US tu memang luas. Nigeria pula terletak di Afrika. Haa mulalah saya google facts tentang negara Nigeria. 

Cik ni namanya Sadat. Sadat cakap senang nak mencari makanan halal kat Nigeria. Memang kalau tengok hiasan di kepala tradisi agaknya memakai turban kat Nigeria kan? Mereka agaknya tidak memakai tudung seperti kita (saya nak tanya tapi tak tertanya....)....Sadat panggil saya Puan. Dah faham beberapa bahasa kita. Dah 3 tahun kat Malaysia. 


Baju yang dipakainya pula Meet & Greet with international students in Malaysia. Udah la saya juga diberikan video tentang negara Nigeria termasuk PDF ya you alls. Mungkin nampak saya excited nak tahu tentang negara Nigeria ni agaknya. Kata Sadat jika ada event dengan negara Nigeria...beliau akan jemput saya juga. Katanya semua dijemput. Kalau you alls dijemput nak pergi ke?. 

Saya pula sejenis ringan je mulut nak bertanya sebab saya suka bertanya kalau saya tak tahu tentang sesuatu perkara. 😊


Kita sering dengar tentang kes 'love scams' dan 'keldai dadah' kat Malaysia yang melibatkan lelaki Nigeria tapi hari ni saya nampak sisi lain negara Nigeria. Setiap negara pasti ada orang yang baik dan orang yang tak berapa baik. Tak boleh pukul rata semua rakyatnya jahat kan?. Macam negara kita jugalah ada yang baik....ada yang kurang baik. Cumanya part tak berapa best ni Sadat menggunakan nombor negara asal beliau jadinya nombor kat whatsapp ialah nombor dari Nigeria. 

Sebenarnya tak lama dulu saya pernah je dapat panggilan dari +234 xxx xxx xxxx tapi saya tak angkat. Jangan la sesekali angkat bila ada nombor + diikuti dengan kod negara. Bila saya search area code +234 ternyata dari negara Nigeria. Nak fikir apa lagi kalau tak scammer kan?...

Dania pulak cakap dengan saya sepanjang 1 jam ummi tunggu Dania ni banyak pulak aktiviti ummi ya?. 
1. Ambil gambar Fakulti Pertanian.
2. Membeli jagung kat ladang berdekatan Fakulti Pertanian. 
3. Berjumpa dengan kawan baru dari Nigeria.

Dania perli ummi ke apa ni? 😅. Dah la kakak Sadat kata kalau jumpa dia kat fakulti, dia suruh Dania tegur la. Ok la Dania jumpa Kak Sadat tegur ya?. Saya pula dah tambah seorang kenalan dari Nigeria. 😍

You alls semua tahu ke yang penganut agama Islam paling ramai di Nigeria?. 





XOXO,
Ezna


 

6 ulasan:

  1. Minat pulak tengok jagung purple tu Kak Ezna..nanti buat review ye...

    BalasPadam
  2. Wahhh..Cantik betul kejadian jagung ungu tu..Masa dkt RnR blk dr Mekong Delta sy ade nmpk jagung ni..Tp x beli sbb xtau cara masak & x sure kita boleh mkn ke x...=)

    BalasPadam
  3. 1st time la i tgk jagung pepel tu..sedap ker ezz? ker sama jer mcm jagung2 kuning tu

    BalasPadam
  4. Alamak..x tau la Ezna...baca kat sini yang u share baru tau Nigeria ramai penganut agama islam...thanks share ye...dapat ilmu baru ni

    BalasPadam
  5. Saya tahu, karena dulu papa sempat nak diterima di salah satu oil company di Nigeria. Tapi mama tak mau Krn itu di Afrika. Papa dah cakap di sana banyak muslim. Waktu itu saya msh high school. Krn saat itu Aceh tengah konflik dengan pemberontak GAM, makanya banyak staff di oil company Arun, yg apply ke oil company di negara2 lain. Sayangnya papa di terima di Nigeria ini. Akhirnya ditolak, nasib baik setelah itu dapat di oil company Papua. Jauh juga, tapi at least msh Indonesia.

    Teman Raka pun banyak yg kerja di Nigeria. Jadi chef atau oil company. Mereka kaya akan oil and gas

    BalasPadam
  6. Cantik betul warna purple jagung tu, pekat warnanya.
    Saya igt orang di nigeria mcm org afrika jugak yg merupakan bukan negara islam. Tktau pulak senang rupanya nk cari makanan halal kat sana

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

JM Bariani House | IOI City Mall

Dah lama sangat-sangat kami tak makan kat JM Bariani House ni. Kami pernah makan di HQ JM Bariani ni yang terletak di Subang Jaya. Kami juga...