Petang, hantar Dania ke IOI City Mall. Dania dan kawan2 plan nak jumpa jam 5 petang. Dania sebelum 5 petang dah berada kat IOI City Mall dah. Kat sini saya tak risau sangat tinggalkan Dania sebab dah biasa dengan persekitaran sini. Pernah kerja kat sini dekat 3 bulan. Ok....Dania jaga diri elok2.
Malamnya keluar makan la dengan hubby tersayang. Alah kat Line Clear je pun sebab nak makan Nan Cheese.
Beli 1 je Nan Cheese sebab besar juga portion dia. Kita share je la. Ni datang 2 kereta yang berbeza sebab hubby nak ke Sepang. Saya pula terus ke IOI City Mall la senang dah ada dah kat sana. Kang Dania dah settle dengan kawan2. Sekali balik la dengan saya.
Ni masa saya tiba IOI City Mall dah. Whatsapp Dania saya dah kat sini. Saya pula apa lagi....window shopping dulu. Hehehe.
Sekarang ni memang gaya handbag ni berkotak macam ni ya?.
Design macam ni pun ada. Saya suka dengan warna biru ni. Lembut je.
Ni pula kat Tomaz. Cantik kasut ni sebab kain dia corak bunga timbul.
Design dia Mary Jane. Ni pula warna beige.
Ada pula bunga kat sini buat pemanis kasut.
Ada 3 warna untuk dipilih.
Design bunga timbul macam kasut atas sekali tapi yang ni terbuka di bahagian belakang.
Ke Lilit pulak. Eh macam ala ala nak tutup je Lilit ni sebabnya barang macam dah tak banyak dan ada kaw kaw pulak potongannya. Lilit ni di bawah FV Group. Bawah Vivy Yusof la ni.
Majoriti harganya RM30 sehelai.
Bila Dania dah tiba, terus balik la kami tapi kat parking tu memang banyak kereta nak keluar mall sebab dah dekat jam 10 malam.
Puas saya satu hari ni berjalan kat mall. Exercise mata dan kaki....
XOXO,
Ezna
Jalan2 dalam IOI tu boleh beribu steps kan Ezna. Cantik kasut, macam nak beli baru lah yang lama dah ketat, gemuk dah kot kaki ni. Hehe.
BalasPadamSelalunya kalau saya cover hujung ke hujung, memang malam tu saya tidur awal. Hehe. Memang jauh dan banyak steps tu Mulan. Ha kena cari kasut baru....hehe
Padamsedapnya tgk cheese naan tu...sweet beg biru laut tu....kasut maryjane tu pn cute
BalasPadamCheese Nan tu sedap tapi share je sebab kalau beli 2 mesti tapau jugak akhirnya. Beg biru laut tu manis je warnanya. Ah ah Maryjane tu berkenan gak.
PadamWindow shopping sama dengan briskwalk (for me) hahaa! sukanya ukur shopping mall.
BalasPadamKalau cover hujung ke hujung shopping mall ni....malam tu pengsan awal. Hehe
PadamOkla ada time nak spend together makan nan cheese... Tak sabar nk tunggu anak besar boleh jaga diri sendiri hihii..
BalasPadamAnak boleh je jaga diri sendiri tapi...kami memang suka buat aktiviti bertiga. Kalau berdua macam tak cukup korum je. Termasuklah travel memang kena bertiga.
PadamSedapnya nan cheese tu.
BalasPadamYa sedap Cie.
Padamexercise mata.. ha ha ha..pun boleh kan...seronok je
BalasPadamJadilah MA. Memang exercise mata dan kaki jugak. Hehe. Tiada pembelian dilakukan.
Padam