Isnin, Disember 16

Sambut anniversary di Skyline Luge Kuala Lumpur

14 Disember 2024, merupakan tarikh kami melayari bahtera perkahwinan selama 21 tahun. Kalau nak kira 21 tahun tu baru dapat kunci kebebasan orang kata ya. Baru lagilah 21 tahunnya ni tapi alhamdulilah nak capai 21 tahun ni pun macam2 onak dan duri kena tempuh ya. Ada yang sedih ada yang happy. Silih berganti.....sebagai rencah bahtera perkahwinan kami. Patut saya mensyukuri juga sebab ada batch saya perkahwinannya gagal di tengah jalan. Takdir hidup masing2 tapi kita kena ambil sebagai iktibar. 

Ok....pagi2 dah keluar rumah dan saya bawa ini bersama....botol air warna purple hadiah dari SA sempena komen terbanyak bulan November 2024. SA kata Dania yang pilih warna ni. Cair aunty Ezna tau....Dania. Thank you SA and Dania (terasa macam panggil nama anak jugak 😍). Boleh la you alls komen banyak2 kat blog SA kat sini.


Selepas brunch kat dalam UPM, kami pun gerak la ke Skyline Luge Kuala Lumpur. 


Dah tiba dah....almost jam 1 petang dah ni. 


Tersergam indah warna hijau pucuk pisang lambang Luge tu. 


Besar sungguh Merry Go Round ni. Saya rasa sebesar Merry Go Round di sini juga. Sama je warna yang dekat Surfers Paradise pun. Cumanya berbeza waktu. Siang vs Malam. 


Nak kena jalan sikit nak ke Luge ni sebab ianya terletak berdekatan dengan bukit. Boleh nampak tepi highway je. 


Nanti skyride (chairlift) akan membawa kita ke atas. 


Harga tiket yang ditawarkan. Kalau tak nak naik luge...boleh je naik skyride je. 


Tempat tiket. Saya sarankan kalau boleh beli la online time Public Holiday / Cuti Sekolah. Time saya pergi ni memang tak ramai orang. Beli tiket kat sini je. Masa bermain tu 2 jam selepas kita beli tiket. Contohnya kami beli tiket 1.45 pm - 3.45 pm kena selesaikan bermain Luge ni. 


    Naik podium dah Dania....hehe....


Kami solat dulu sebelum naik Luge. 


Ruang solatnya dengan aircond yang sejuk. Selesa sebab tak ada orang cuma saya dan Dania je. 


Keluar ajer surau, dari kejauhan nampak refleksi saya. Ada cermin rupanya. 


Sementara tunggu Dania ke wash room. 


Cuaca petang ni panas tapi berawan jadi lindung la sikit matahari tu. Jangan lupa pakai sunscreen dan topi ya. 


Pilih helmet ikut warna size dia ya. Paling kecik XS. Idak kepala saya L je tapi sebab ada topi saya pakai sekali....pakai la helmet orange size XL. 


Kena cop tangan. 


Ni rasanya kali ketiga naik atas ni jadi ambik gambar dulu la. 


Wajib ambik gambar kat sini ya. 


Tengah tunggu turn nak naik skyride. 


Kalau nak selfie kat atas ni kena berhati-hati ya. Dania masukkan phone dalam plastik kemudian pakai di leher. Nampak cuaca panas kan? tapi masa kami main kat sini panas tapi berawan jadi menghalang matahari kena direct la. Berangin pula petang tu. 


Mulanya naik skyride ni memang cuak la. Gayat oh.....kaki terjuntai kat bawah. Ini kiranya kali ketiga naik ni. Sebelum ni kat Mt Titlis sebab nak main snow tubbing di sini dan pernah naik juga chairlift ni di Pulau Sentosa, Singapura pada tahun 2015 di sini. Kat Pulau Sentosa naik chairlift je tak main Luge masa turun bukit. 


Video ni dapat melalui email kalau beli. Caranya dengan scan helmet kita.


Ni kat bawah setelah Luge kita tiba di garisan penamat. 


Alhamdulilah....kami baru ajer menamatkan perlumbaan 21 tahun kami dalam bahtera perkahwinan. 


Bergambar dengan latar belakang Merry Go Round. 


Lagi gambar.....


Ni masa lepas scan helmet. Kalau beli 2 photo + 2 video = RM45. 


Sejarah company Luge ni pada tahun 1967 bermula di Queenstown, New Zealand. 


Luge pertama kali diperkenalkan pada tahun 1985 di Rotorua, New Zealand. Kat Malaysia pula diperkenalkan pada tahun 2023 dan Skyline Luge Kuala Lumpur dah menyambut anniversary pertamanya masa kami datang ni. 


Ni tengah bersantai ni. Makan jeruk dan fries yang baru kami beli kat sini. Botol air yang SA bagi ni....airnya sejuk sama macam kami bawa dari rumah. Lain kali nak cuba bawa air letak ais dan air panas pula. Thank you SA!. 


Ada juga Restoran A&W kat sini. 


Menarik ke tak main Luge?. Ingat kot saya tak akan berani naik Luge ni...rupa-rupanya salah. Mulanya memang takut sebab tak biasa kan tapi bila mula turun bukit dan kita boleh je mengendalikan Luge tu memang best la. Turunnya bukan slow2 macam video tu tapi lajuuuuuu ya....cumanya kita boleh kawal kelajuan dengan tekan brek tapi tidak boleh berhenti sepenuhnya di tengah jalan ya. Bahaya....

Macam mana nak ke sini? Boleh je guna waze ke Skyline Luge Kuala Lumpur. Kalau naik MRT tu naik MRT Putrajaya Line dan turun ke MRT Sg Buloh kemudian naik feeder bus MRT T154 ke Funpark Gamuda Luge, Gamuda Gardens. Ingat ya turun yang kat Luge ya sebab sebelum tu turun Gamuda Gardens sahaja. 

Kalau pelajar UPM Serdang tu memang MRT UPM tu dah laluan dia la....turun ke MRT Sg. Buloh. 


Lepas tu kemana kami?. Hubby kata dari situ nak lajak ke Genting Highland. Ni kat traffic light. Ada motor ni bawa ayam. Banyak ekor pulak tu dan masih hidup. 


Berhenti di stesyen minyak untuk mengisi minyak dan mengisi angin. 


Masa naik Genting tu....signage engine naik. Sudah....apa halnya ni?. Berhenti sekejap kat tepi. Nasib baik tepi ni memang luas ya. Tengok bas naik Genting ni pecut laju betul. Risau pulak. Depan sikit memang boleh buat U-Turn pun. 


Nak tak nak kena patah balik sebab takut apa2 berlaku dan tak nak ambik risiko....masa turun tu aircond ditutup sebab tak nak bagi berat kat kereta ni. Bila kat Karak Highway masa kita slow slow bawa tu baru buka aircond. Tak boleh buka aircond masa kereta kita laju. Nasib baik la hubby teringat mekanik punya nasihat. Sebabnya tak nak bagi aircond compressor rosak. 

Akhirnya selamat tiba di rumah dan sepanjang jalan smooth ajer tak ada jam di mana-mana. Alhamdulilah. 

Ada insiden menyeronokkan dan mendebarkan pada masa yang sama. 

You alls pernah Luge?. 


***Hari ni Dania dah mulakan kelas selepas cuti semester selama seminggu. Selamat belajar Dania....masuk ni dah week 9 dah. Belajar sampai week 14. Week 15 tu kiranya study week dan seterusnya peperiksaan akhir semester. Kenapa ummi dia rasa cepat sangat ya?. 





XOXO,
Ezna


 

15 ulasan:

  1. Pernah naik dulu tahun 2005. Singapore pun ada di Sentiasa. Nak try yang ni pulak lah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami naik Chairlift je tak main Luge masa kat Pulau Sentosa sebab time tu macam takut nak main Luge.

      Padam
  2. Happy anniversary Ezna dan suami 💐
    Selalu nampak Luge ni dari highway, cantik waktu malam.

    Eh..elok pulak ya ayam tu tak terbang/bergerak dibawa gitu je 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih :). Waktu malam juga katanya ramai juga yang main Luge ni sebab tutup jam 10 malam.

      Ayam tu kena ikat kaki tapi mengepak dia dalam bakul kat depan motor tu. Actually belakang pun ada ayam juga yang diletak dalam bekas besar. Berapa ekor la agaknya tu.....

      Padam
  3. Sini memang dalamwishlist SA dan Dania tau Ezna,uncle Dania yang refuse sebab dia gayat..hahahahah....alhamdulillah u like it..memang Dania yang pilih...memang bagus sebab air sentiasa sejuk..kalau letak ais pun memang lama dan lambat cair...

    BalasPadam
    Balasan
    1. La ya ke?. Cakap kat Uncle Dania aka suami SA tu....saya ni memang gayat + penakut pun boleh juga naik Luge pasti suami SA yang hanya gayat pun boleh. Sebabnya brake ada. Kita boleh kawal luge kita. Nak slow sikit pun boleh. Try lah. Memang sekali naik tak cukup SA.

      TQ tau bagi tumbler ni. Memang best betul bila minum masih sejuk walaupun dah petang masa ni. Nak try letak ais pulak lepas ni. TQ SA & Dania :)

      Padam
  4. Happy Anniversary sis...Sy belum berkesempatan lagi nk ke sana...nnt nk plan elok2..Nk pegi jgk =D

    BalasPadam
  5. chair lift/chair ride ni i pernah naik kat bukit merah laketown resort ajer...
    anyway, happy 21st anniversary dear ezz and hubby, moga cinta kekal mewangi hingga jannah. aamiin

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah.
    Matang sangat dah usia perkahwinan.
    Moga sentiasa berbahagia.

    BalasPadam
  7. tak pernah naik lagi...
    lalu LATAR tu nak balik kampung, memang nampak je lah merry go around tu.

    BalasPadam
  8. skyline luge ni pernah tgk dr highway time tu pi raya umh kwn dkt kundang jaya...syok tu pegi tkde rmi org sesak2...tp cuaca panas...anyway happy anniversary Ezna & husabnd...smoga bahagia hingga jannah

    pernah jadi juga kuar signage engine time nk naik genting...patah balik rumah tukar kete lain

    BalasPadam
  9. Happy Anniversary Ezna & suami. Berbahagia selalu hendaknya 🤲🏻
    Anak⁴ dok cakap nak pergi juga, tengoklah nanti hihi

    BalasPadam
  10. Tak pernah pergi lagi tempat ni. Memang menarik.

    BalasPadam
  11. Happy anniversary Kak Ezna n hb..semoga berbahagia hingga ke Jannah, Aamiin...

    BalasPadam
  12. Luge ini sama dengan yg di sentosa SG kan ? Saya belum naik. Yg di sentosa dulu saya tak boleh naik Krn sedang pregnant Fylly. Sejak itu blm coba lagi. Okelah nak masukkan tempat ini dalam bucketlist. Ke KL lagi pasti coba

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

JM Bariani House | IOI City Mall

Dah lama sangat-sangat kami tak makan kat JM Bariani House ni. Kami pernah makan di HQ JM Bariani ni yang terletak di Subang Jaya. Kami juga...