Jumaat, Disember 20

Bila ada yang mengajak ke kebun kutip buah-buahan

Sehari sebelum, hubby diajak oleh seorang kariah surau untuk ke kebunnya. Katanya ada buah-buahan. Hubby tak tanyalah buah apa yang banyak kat kebun ni. 

Sekali....bila ke kebun...rupa-rupanya nak kutip durian yang gugur. 😄


Kat atas pokok pun masih ada yang belum gugur. Hubby kata pokok durian Black Thorn yang mahal tu pun ada juga cumanya ia tak gugur lagi. 


Pokok-pokok yang ni kalau zoom baru nampak buah duriannya. Memang banyak kat pokok ni. 


Rezeki dari jiran untuk dikongsi. Alhamdulilah....hubby bawa balik 4 biji buah durian. Ada durian IOI, durian kampung dan durian tupai. Durian tupai ni digelar tupai sebab tupai suka makan durian ni sebab rasanya yang manis. Cerita jiran ni kepada hubby. Agaknya mungkin juga nama lain duriannya. 


Baru belah 2 biji durian. IOI yang nampak isi lembik manakala isi nampak keras tu durian tupai. Sedap la durian tupai ni. Memang isi dia lemak manis. IOI ni pun sedap juga buahnya. 


Alhamdulilah rezeki kami sekeluarga. Rupanya sekarang ni dah mula balik musim durian ya?. Kat rumah ni Dania seorang je tak makan durian. 

Terima kasih kepada jiran yang berkongsi rezeki. Moga murah rezeki lagi, bertambah-tambah buah duriannya. 





XOXO,
Ezna


4 ulasan:

  1. dh musim durian ye...tisya kecik2 dlu tkleh mkn durian... alergik naik ruam...nasibaik dh besar ok....kita mkn ngan pulut ok....ratah tk ok ..tktau la nape haha

    BalasPadam
  2. Bestnya durian fresh dari kebun....

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah..rezeki dapat buah durian...dekat rumah linda, semua pun makan durian, jenuh berebut lah...kikiki

    BalasPadam
  4. Your Dania bleh geng ngan My Dania..x makan durian..tapi tempoyak makan

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

JM Bariani House | IOI City Mall

Dah lama sangat-sangat kami tak makan kat JM Bariani House ni. Kami pernah makan di HQ JM Bariani ni yang terletak di Subang Jaya. Kami juga...