Dania ada kelas hari jumaat ni cuma ada 1 kelas dan mengambil masa sejam ajer jadi saya tunggu ajelah kat Fakulti. Depan Dania kemeja biru tu Dr yang mengajar Dania subjek Integriti dan Anti Rasuah. Dania berjalan kat belakang Dr.
Sementara itu, hari ni mood saya nak membawa semua melihat Fakulti Pertanian, UPM ni. Ternampak lori traktor menarik apa la tu....tak perasan pulak. Sambil saya berjalan, ada motor kawan sekelas Dania dulu....dipanggilnya 'Achik'. Masih kenal 'Achik' yang ni lagi. Kelas dah mula dah tu...baru datang kelas. Kebetulan sama pulak kelasnya dengan Dania. Walaupun Dania dah program lain tapi bila pilih jadual kelas tu boleh dikatakan 70 orang dari program Agribusiness dan 10 orang Animal Science. Majoriti kawan kelas lama Dania ada kat kelas ni. Disebabkan subjek ni dah diwajibkan untuk ambil sebelum grad dan baru sahaja diperkenalkan....jadinya ada 3 batch kat sini iaitu batch junior (kelas Dania sekarang), batch Dania dulu dan senior atas Dania kena ambil subjek ni.
Rumah hijau kat belah sana.
Kat sini juga ada unit organik. Saya berjalan kaki nak ke sini.
Nampak pejabat ladang.
Dari sini boleh nampak Pejabat Pentadbiran Fakulti Pertanian. Dekan dan Timbalan Dekan ditempatkan di bangunan ini.
Kat ladang ni ada traktor ni sebagai hiasan simbolik Fakulti Pertanian.
Banyak jagung ditanam kat sini. Dah lama perhati jagung-jagung ni tapi macam tak ada je kanopi orang jual jagung. Sehinggalah saya terjumpa Pak Din pemetik jagung kat sini kata ada jagung yang dijual. Kena jalan ke bangunan sebelah dalam. Pasal ni selepas ni saya cerita sebab saya nak fokus Fakulti Pertanian dulu. 😉
Kelas Dania dulu makmal Soil Science belah kanan. Makmal anatomy Dania sekarang ni bangunan belah kiri. Ada beberapa blok juga mengikut program apa yang diambil.
Ada pokok yang mempunyai daun berwarna kuning.
Ni pula cafe dalam Fakulti Pertanian.
Laluan pejalan kaki ni berbumbung sehingga ke tempat tunggu bas. Belah kanan tu Institute of Tropical Agriculture and Food Security (ITAFoS).
Nun di hujung sana ada tempat duduk kalau nak berdiskusi. Dania pernah berdiskusi situ sebab buat video.
Ini pula pokok kemboja putih. Selalu kemboja putih ni ada kat kawasan perkuburan Islam. Sinonim dah ya....jadi kalau nak tanam kemboja tanam la warna lain ya....tapi....cantik juga kemboja warna putih ni. Selalunya bunga putih ni ada bau sebab nak attract serangga untuk proses pendebungaan. Serangga ni sering tertarik dengan bunga yang berwarna.
Close up bunga kemboja berguguran memutih....
Kat sini saya terserempak dengan pelajar PHD perempuan dari Nigeria. Mulanya saya Hi ajer....kemudian....lepas ni saya update....😁.
XOXO,
Ezna
Salam ...anak saya di UPM juga...tapi dia ambik statistik....dia sebaya Dania
BalasPadamOh UPM juga. Kalau statistik maknanya Fakulti Sains la. Sama baya rupanya anak kita. Moga anak Puan berjaya dalam bidangnya.
Padammeriah tgk tanaman jagung tu
BalasPadamYa Amy. Dah habis musim, tanam lagi....
Padamlinda tak pernah masuk kawasan UPM...nampak dari hgway je..hihihi
BalasPadamBoleh je masuk Linda.....
PadamCantiknya gmbr bunga kemboja berguguran tu..🌹🥰
BalasPadamYa Suzz tapi sinonim kat Tanah Perkuburan.
PadamAlamak! Ada bersambung pulak... saspen!
BalasPadamHehe....ada UG...
PadamBesar Fakulti Pertanian ni... kalau berjalan keliling mau lebih 10k langkah.
BalasPadamBesar. Kalau Fakulti je ini la tapi kalau nak gi ladang tudiaaaa saujana mata memandang.
PadamBagus Ezna ambil kesempatan jalan², kira exercise juga ni kan... Tempat pun santai dan hijau je, terapi mata & jiwa ni :D
BalasPadamAh ah tapinya masa ni hujan renyai2 PH. Siap pakai topi beach lagi.
PadamEx Bopren SA graduan UPM...selalu gak dia bawak SA dan Dania masuk UPM melawat macam- macam fakulti..day trip la..nama dia pun ada terpampang kat dinding fakulti perakaunan kat situ..ni citer zaman dulu..hahahaha...
BalasPadamWow ya ke?. Kalau nama terpampang sure pelajar terbaik ni. Kalau perakaunan ni kat SPE la tu. Sekolah Perniagaan dan Ekonomi.
PadamLuaaas sangat yaa. Memang bisa jadi faculty tour kalo main kesini 😁. Jadi ingat dulu di USM pun , luas juga. Letih kalo nak jalan kaki memang 😂
BalasPadam