Isnin, Disember 30

Mencari Thermometer Digital

Lepas balik dari Burgerman ni lalu la kat tepi highway. Nampak la bumbung tempat Dania buat amali. Pearly si anak kambing ada kat situlah. Kat kawasan berdekatan tempat Dania menanam rumput Ruzi dengan kawan-kawan. Kalau rumput Dania tumbuh dengan baik, ada la markah tambahan. Mereka tak perlu jaga pun rumput tu. 


Nampak lembu2 dilepaskan di luar untuk meragut rumput. Tu sebabnya kawasan UPM ni luas sebab ada ladang-ladang. Belum lagi ladang buah-buahan...


Tujuan kami lalu highway dan masuk ke tol UPM sebab nak ke Sri Serdang. Nak singgah ke Big Pharmacy. 

Dania nak mencari thermometer sebab nanti nak kena ambil suhu haiwan. Mungkin kambing atau lembu. Jadinya di bawah ni thermometer yang kawan2 Dania beli dari pharmacy yang lain2. Ada brand Fore Health, ada brand Rossmax. Harga ada tertera di situ. Lecturer suruh cari yang dijual di pharmacy. 


Ini pula brand Omron. Boleh tahan juga harganya tu. Tengok pharmacy mana kawan Dania beli....


Sebelum beli, saya ada survey di internet dan ternyata di Big Pharmacy ni harga thermometer dia murah sikit. 


Tengoklah harga thermometer kat Big Pharmacy ni. Rata2 harganya RM20++ berbanding Constant dan Caring. 


Ini pula brand Medisana. Harganya pun RM20++. 


Akhirnya beli brand Omron MC-343F di Big Pharmacy dengan harganya RM27.50 berbanding di Constant Pharmacy dengan harga RM40.50. Tinggal 1 je stoknya. Dania kata kawan2 dia borong ke sebab Sri Serdang ni yang paling dekat dengan UPM tu. ๐Ÿ˜…. Beza Omron dengan Omron 2 lagi tu, yang ni boleh dilentur jadi bila masuk kat rectum animal tu boleh la lentur ikut rectum animal tu. ๐Ÿ˜…. Macamana la Dania nak masukkan tu ya sebab lecturer kata jangan masuk straight sebab nanti akan kena saluran ๐Ÿ’ฉanimal. Kena sengetkan sikit. Haihhhh nak imagine pun saya tak reti. Tunggu Dania update nanti. 


Nak kena survey harga juga sebab dengan brand yang sama dan no siri yang sama boleh dapat harga yang sangat berbaloi. 





XOXO,
Ezna

 

8 ulasan:

  1. Rajin mama Dania tolong imagine kan, saya yg baca ni pun terasa ngeri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lecturer yang cakap jadi tu yang tulis apa lecturer cakap tu. Ummi Dania tak pernah buat benda ni....

      Padam
  2. Saya tak habis lagi ronda kawasan dalam UPM ni. Dania ambil kursus Vet ka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan kursus Vet tapi Animal Science kat Fakulti Pertanian. Luar pada main campus.

      Padam
  3. bagusnya sbb u dpt survey2 dan compare2 harga. jimat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib baik survey dulu Suzz. Rupanya setiap pharmacy boleh letak harga yang berbeza juga.

      Padam
  4. Banyak dah brand untuk termometer dah ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak sangat Sue sampai ada yang tak pernah dengar pun.

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

JM Bariani House | IOI City Mall

Dah lama sangat-sangat kami tak makan kat JM Bariani House ni. Kami pernah makan di HQ JM Bariani ni yang terletak di Subang Jaya. Kami juga...