Selasa, Disember 10

Sesak disebabkan......

Ni lah yang tak menariknya kalau ada kelas kat dalam kampus utama ni bila time konvokesyen. Sesak nak masuk ke kampus utama....hampir tak bergerak selama beberapa minit kemudian bergerak sikit dan stop lagi....

Dania lepas kelas di Fakulti Pertanian, kena gi kampus utama sebab kelas Bahasa Turki kat Kompleks Akademik E (KAE). Ada juga kelas bahasa yang diadakan di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK). Kalau FBMK ni belah kiri saya ni je. Kat kiri ni la kita boleh nampak rumah tradisional tu. Dania punya kelas kena masuk dalam. Kalau kelas bahasa kat FBMK ni macam kelas Bahasa Tamil dan Bahasa Jepun. 


Baru tiba bulatan ni. 😭. Kalau tak, laluan biasa saya nak ambik Dania kat post guard depan tu. Dah ditutup untuk konvokesyen. Sesak sepanjang jalan disebabkan konvokesyen. Nak tahu laluan masuk UPM yang dilencongkan ikut je bas UPM. Confirm tiba la ke jalan yang betul. Nasib baik ada bas UPM kat depan ni. 


Sempat lagi haa kat bulatan ni ambik gambar student ni. Dah grad dah dia. 


Bila tiba kat Kompleks Akademik E ni, eh eh terjumpa pula Lecturer Agriculture Dania....namanya Sir Amirul Faez. Dania ternampak saya bercakap dengan Sir Faez terus menyorok ya. Hishhh bertuah sungguh la. Sir Faez tanya mana Dania? Takkan saya nak kata Dania menyorok tapi saya kata Dania malu ni. 

Kalau terjumpa mana-mana lecturer Dania yang saya kenal confirm saya tegur. Tu la bila jalan mana2....dah lepas lecturer baru Dania bagitau ternampak lecturer tadi....kalau bagitau ummi sure ummi tegur 😆. 


Syok time asasi dulu ni sebab Sir Faez bawa gang sekelas Dania waktu kuliah ke Sisfec mandi sungai, berlari dalam sawah, berendam dalam parit tepi sawah yang Dania tak pernah buat pun sebelum ni. Ini semua pembelajaran dalam Asasi Sains Pertanian (nama baru Asasi Sains). Dania minat dalam bidang ni pun bermula dari sini jugak. 


Ummi sangat menghargai guru-guru atau lecturer yang mengajar Dania. Tak hairanlah kalau jumpa mesti saya tegur.





XOXO,
Ezna

10 ulasan:

  1. Oooo kisahnya..ye la sekarang kan musim2 convo kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya SA. Alhamdulilah dah selesai dah konvo UPM ni.

      Padam
  2. memang akan jem kat mana2 uni pun time convo masing2 heheeh kena bertabahlah gitu

    BalasPadam
  3. Dah merasa dah dulu zaman belajar di UiTM Shah Alam...dua kali setahun lah merasa sesak nak pergi kelas, sesak nak beli makan etc huhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ingat pulak Konvo 2 kali eh kat UITM Shah Alam? Akak menyewa kat Seksyen 7 belakang Pusat Bahasa Korea tu. Time ada kelas baru ke Fakulti Pengurusan & Perniagaan tu...

      Padam
    2. Last duluuu saya pergi kawan-kawan saya grad dulu 2 kali setahun Kak Ezna, sama macam intake UiTM jugak 2 kali setahun..
      Latest pergi pulak masa Adik Bongsu saya grad setahun lepas...tak sure pulak setahun sekali ke macamana dah..

      Saya pulak dulu menyewa kat Seksyen 2, dari Seksyen 2 nak ke class tu penuhhh, pastu nak naik atas tu (dgn bas UitM) pun jadi lama sebab jem teruk..kenangan dulu-dulu hehe...

      Padam
  4. Alhamdulillah...dania pulak yang malu

    BalasPadam
  5. Sy suka part mandi sungai, berlari dalam sawah, berendam dalam parit tepi sawah ni =D..Pengalaman yg x dpt dilupakn...Sbb sy dulu mengharung air laut waktu surut mencari kerang, pegi lombong dgn arwah abah...Ni nnt free2 nk bawak anak2 plk merasa =D

    BalasPadam
  6. Iya berkat kakak selalu dengan Dania kemanapun kan. Jadi tak langsung kenal juga dengan semua lecturers 👍

    Tak bisa saya bayangkan mama papa saya kenal dengan dosen2 saya di kampus hahahaha.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

JM Bariani House | IOI City Mall

Dah lama sangat-sangat kami tak makan kat JM Bariani House ni. Kami pernah makan di HQ JM Bariani ni yang terletak di Subang Jaya. Kami juga...