Isnin, Disember 30

Menyiapkan projek berkumpulan

Pada hari ahad 22 Disember 2024, Dania kena singgah Kolej Serumpun sebab sama2 nak buat projek kat kertas manila. Kalau group work kena participate la kan. 

Kami datang ni lepas saya breakfast dengan Dania kat Q Bistro. Ayah pula sibuk dengan aktiviti Kudah dengan gang2 surau kena membersihkan kawasan kami ni. Kat Q Bistro ni selain makan2 saya suruh tapau juga roti canai asing dengan kuah2 untuk setiap satunya. Boleh pulak dia kata boleh ke sekalikan kuah dan sekalikan roti canai? Saya kata tak boleh sebab rumah lain2. Kalau nak explain bebudak ni bilik lain2 panjang lak kena explain. Lepas tu datang lagi kat saya boleh ke sekalikan roti canai tapi kuah asing? Saya tegaskan sekali lagi tak boleh sebab rumah asing2. Dia buat akai2 kata orang ramai. Tak sempat nak buat. Tapi kami datang diantara yang terawal juga. Orang tak berapa ramai masa kami datang dan pekerja kat Q Bistro ni memang ramai (nampak berborak je tu...hmmm). Alasan nak cepatkan kerja dia je tu sebenarnya. Nak buat macam mana....kalau bebudak tu satu bilik ok la....ni lain2. 😅

Ok aunty bekalkan breakfast dan barang-barang kraf hasil lebihan dari hias kelas Dania masa sekolah dulu. Lebih tu nanti bagi Dania balik so boleh la guna untuk projek kelas yang lain pulak. Hantar Dania ni dalam 8.45 pagi kot. 


Banyak Dania nak kena bawak ni tapi nasib baik kat atas tangga ni je perjumpaannya sebab ada meja dan kerusi. Boleh la buat kerja. 


Hari sebelumnya ada la Dania print gambar organ berwarna tu kat kedai. Ni lah diantara hasilnya. Kalau gegirl bab menghias ni tak risau sangat. Tahulah mereka kan?. Ada lelaki seorang juga kat group Dania ni. Ada seorang pelajar dari China juga dalam group Dania yang kurang faham Bahasa Inggeris. 

Kalau tengok keliling kertas berwarna putih tu siap ada bentuk lagi. Mungkin gunting pakai gunting berbentuk tu. Tulisan Prolactin hijau tu tulisan Dania. 😊


Kalau group work ni selalu saya tak kisah nak bagi barang2 yang saya ada sebab apa-apa pun nanti anak kita juga nanti akan dapat markahnya. 





XOXO,
Ezna

12 ulasan:

  1. all the best dania!! group gegirl biasanya kreatif :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Suzz....group gegirl bab decorate tu depa suka sangat la. Kalau boys lebih straight forward lagi.

      Padam
  2. memang untuk projek macam ni, apa yang ada saya bagi je anak anak bawa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan....lagi pun pepehal markahnya nanti anak kita juga dapat kalau jadi yang terbaik.

      Padam
  3. Memang kalau mintak asing-asing selalunya jadi macam tu jugak kat saya Kak Ezna...
    Masalahnye memang rumah asing-asing kan...kalau sama tak mintak asing hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masalahnya Sue...dua kali dia approach kata boleh tak ni boleh tak tu. Eiiii geram je. Bukan sengaja kan. Bilik bebudak ni lain2. Tu la kita suruh asing. Kalau sama biliknya tak kisah la sekalikan pun tak apa.

      Padam
  4. Gempaknya dashboard kaler merah! Cun lah! Kereta apa ni?

    BalasPadam
  5. Bagus Dania bawa food utk kawan² juga ...
    Cantik hasilnya tu 👍🏻

    BalasPadam
  6. Dak perempuan kreatif part-part menghias.
    Dak lelaki simple je tapi ada jenis dia cari dak perempuan utk membantu.
    All the best and success Dania!

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

JM Bariani House | IOI City Mall

Dah lama sangat-sangat kami tak makan kat JM Bariani House ni. Kami pernah makan di HQ JM Bariani ni yang terletak di Subang Jaya. Kami juga...