Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, June 20

Gedung Telekung Eksklusif

Pernah tak you alls terfikir kalau you alls nak beli telekung yang cantik-cantik, you alls kena pergi jauh2?. Sekarang tidak lagi sebab........Gedung Telekung Eksklusif ada mempamerkan telekung-telekung yang sangat cantik lagi menarik. Kalau ke Shah Alam di Seksyen 7, jika anda berada di area sekitar Jakel....haaaaa dekat dah tu kedai ni. Terletak di atas kedai sukan Al Ikhsan. I City pun dekat jugak!

Kedai ni dibuka setiap hari dari jam 11.00 pagi - 7.00 malam.

Kalau papan tanda kedai ni yang you alls nampak........memang betul la Gedung Telekung Eksklusif

Gedung Telekung Eksklusif ni pun dah masuk Majalah Nur edisi ramadan :-) Keluaran Julai 2012.




Harga di Gedung Telekung Eksklusif ni dari serendah RM45 - RM580.  Boleh dipakai sendiri atau sebagai hadiah kepada yang tersayang mahupun sebagai hantaran perkahwinan atau pertunangan. Walau apa pun keperluan anda kami boleh realisasikannya.....

Diantara telekung dan keperluan solat yang terdapat di Gedung Telekung Eksklusif ialah seperti berikut ya....

Telekung beg kayu 

Kain pelikat

Telekung Organza

Telekung Bonda / Diana

Sejadah

Telekung kanak-kanak

Telekung kanak-kanak ni didatangkan dengan beg yang boleh dijadikan sejadah

Comel bukan? 

 Sambil-sambil tunggu ibu memilih telekung yang berwarna warni bagai pelangi, boleh berehat dulu di kerusi kayu. Terasa bagaikan di rumah :-)

 Si kecil ni sedang berehat di kerusi kayu di Gedung Telekung Eksklusif

Untuk info yang lebih lanjut, boleh tengok review blogger-blogger yang telah berkunjung ke Gedung Telekung Eksklusif. 





Ingat Telekung, Ingat Gedung Telekung Eksklusif !!!

No. 3, Jalan Plumbum R 7 / R
Pusat Komersil Seksyen 7
40000 Shah Alam

No telefon : 019 2677190
 

4 comments:

  1. menarik :).. insyaAllah berkesempatan i boleh singgah, dekat dengan rumah sewa adik i kat sane tu

    ReplyDelete
  2. Bolehla cari telekung untuk pkai solat raya..

    ReplyDelete
  3. @Em's Family silalah mira....kalau u nak pergi u call i dulu yer. Hehehe...

    ReplyDelete
  4. @Chekgu Azrine mari mari mari....nanti mentioned nama ezna. insyaallah leh dpt harga best!!! :-)

    ReplyDelete