Isnin, Jun 25

Check in di Century Pines Resort

Kami bertolak ke Cameron Highland lepas makan tengahari kat R&R Awan Besar. Kami ikut PLUS Highway dan masuk exit Simpang Pulai di Perak dan meneruskan pendakian ke Cameron Highland. Dari exit ke Simpang Pulai nak ke Hotel kami 80km lagi. Tiba di Hotel kami pukul 5 petang. Lepas check in rehat dan membersihkan diri dulu sebelum kami gi jalan jalan. :-) Hotel ni fully booked sebab menjadi tempat penginapan peserta Treasure Hunt bank UOB dan peserta kursus dari sebuah organisasi.

Hotel kami cantik. Bilik kami pun ada private garden dan garden chair kat luar bilik. Terletak di Tanah Rata. Berdekatan hotel ada banyak tempat makan. Leh jalan kaki ajer. Tapi kalau you alls nak tempat happening kena cari hotel di Brinchang. Kalau nak pergi pasar malam di Brinchang lebih kurang 5km dari Century Pines. Kat Tanah Rata ni lebih relaks dan santai. Jalan tak berapa jam compared to area Brinchang.

Century Pines Resort

Lobi hotel

Katil di Century Pines

Jom rehat-rehat kat sini

Ada bath tub juga kat sini

Lounge ni berbentuk bulat. Bersebelahan dengan kolam ikan dan permandangan di sebelah pokok pines yang menghijau....

Kawasan luar bilik kami ada garden dan kerusi garden. Kira luas jugak ni. Leh barbeque kat sini. Hehehe....

Dressing mirror

Nak bancuh air kat sini eh...:-)

Next entry, tempat stop kami di Cameron Highland......tunggu....:-)

4 ulasan:

  1. waaa..beshnya ezz!! berapa rate kat sini? tak pernah dok sini...

    BalasPadam
  2. @Mama Zharfan rm274 termasuk breakfast untuk 2 adults :-) i beli kat asia rooms suzz :-) meh meh asia rooms meh http://ezna-daniayasmine.blogspot.com/2012/06/penempahan-bilik-hotel-di-asia-room.html

    BalasPadam
  3. @AyuArjuna BiGoshh harga not too bad la ayu. Tempah kat asia rooms ni :-)

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Siapa si comel tu?

Lepas tengok jerayawara Warisan Kita : Terus Tumbuh tu, kami pergi solat asar dulu kat surau KLCC. Lepas saya dan Dania selesai solat tiba-t...