Lepas check out hotel, destinasi pertama ialah di sini. Boh Plantations. Perjalanan yang mendebarkan kerana pendakian di jalan yang sempit dengan selekoh yang tak nampak kereta arah depan. Kena bunyikan hon kereta. I thought tempatnya tak la secantik Cameron Valley Barrat tu. Tekaan i meleset bila terpandangkan panorama Ladang teh yang menghijau. Sangat cantik permandangan kat Ladang Teh Boh berbanding ladang teh cameron valley barrat. Stop pertama haruslah isi perut dulu sebelum nak naik bukit setinggi 174 meter.
Order teh tarik, teh o beserta tuna sandwich dan butter cake. Lepas tu sempat la singgah kilang memproses daun teh. Kemudian terus mendaki bukit setinggi 174 meter. Nak tengok permandangan dari atas bukit. Dah la kami memang kat bukit. Naik lagi bukit, so dapat la tengok keseluruhan ladang teh boh.
Comelnya maskot teh boh ni
Our food
Pose jap kat sini dengan bunga cantik warna jingga.
Ni sabun untuk mengelakkan jerawat. Dibuat daripada green tea. Haruslah jenama Boh
Dania kemain seronok sebab dapat paw ayah 1 coloring book....
Tea shop ni ada barang2 seperti T-Shirt dan lain2 termasuklah teh eksklusif yang hanya terdapat di sini dan tak dijual di mana2 pasaraya. I tak beli pon.
Masa masuk dalam kilang memproses daun teh i actually ambik gambar mesin2 teh tapi i cuma nak masukkan gambar ni ajer.....gambar teh yang siap diproses dan digredkan....teh serbuk Boh yang tengah tu yang digunakan di kedai mamak.
Seleksi serbuk teh berbagai jenis.
Close up sikit teh serbuk yang digunakan di kedai mamak. Amboiiii mamak guna teh boh....
Dania and me pose kat atas bukit view point. Cantik permandangan kat sini. Hijau mata hitamku...hehehe
Merenung jauh nampak hubby ku ini..hehehe
Ada batu besar kat atas bukit ni. Dania tak gayat pun naik atas batu ni. Ummi sangat gayat hokkay....
Dari kejauhan, dapat dilihat kereta yang nak mendaki. Jalan yang sangat mendebarkan kerana jalan sempit dan selekoh ngam ngam jer.
Haaaa....ambikk 174m
Pose kejap nak tayang Poncho pink i...hehe
Dania paling dulu tiba kat puncak.....ummi ayah pancit doh....
Memang you alls semua wajib datang sini. View yang sangat mengagumkan. Saujana mata memandang.....Sangat cantik untuk posing posing sampai lebam...hehehe.
Lawa view :D ehe
BalasPadampernah tgk ayu zamzarina posing2 kat sini hehe memang sgt cantik tempat ni..me tak pernah sampi sini..
BalasPadam