Saturday, June 23

Mama dan Papa

Semalam i gi melawat pusara mama dan papa. I sangat beremosi kat pusara mama. Memang la papa pun emosi jugak tapi sebab ibu kan.....emosinya lebih sikit. Pusara mama baru je lepas penjaga kubur tanam rumput. Batu pulak, kami adik beradik pilih batu sungai. Batu sungai kan hidup. Boleh mendoakan kedua mama dan papa. Atas pusara tu tanam rumput jadi tambah juga mendoakan kedua mama dan papa. 

Moga mama dan papa tenang di sana yer. I kalau lawat pusara ni mesti bercakap-cakap dengan mereka. Kalau buat macam tu terasa macam mereka ada di depan jer. Walau apapun, mereka yang pergi tu tetap meninggalkan kita. Kita yang hidup ni yang meneruskan perjuangan mereka di muka bumi ni.

Al fatihah buat kedua mama dan papa. Ena sentiasa akan mendoakan mama dan papa selagi ena masih hidup......sayang mama, sayang papa.

Pusara mama ni betul2 tepi roundabout kat Tanah Perkuburan Bukit Kiara

Pusara papa ni, i cari no lot 1936. 936 tu adalah nombor kereta i. So kat depan no lot 1936 tu pusara papa i...

Pusara ni pun i selalu jenguk. Walau i tak kenal siapa...tapi kanak2 ahli syurga ni mempunyai kubur yang sangat cantik. Cuba lihat bunga2 warna warni kat atas kubur adik A***** ni.....menurut tulisan kat batu nisan ni, adik ni lahir tahun 2006 dan meninggal pada tahun 2011.

6 comments:

  1. Al..fatihah unyuk arwah2..smoga tenang di sana..

    ReplyDelete
  2. aida yang membacanya nie pun sedih dan sayu.. sis sangat tabah.. moga kedua2 insan tersayang dicucuri rahmat dan tenang disana.. Mudanya adik tu dah pergi.. syurga tempatnya.

    ReplyDelete
  3. al fatihah jugak...
    moga roh mereka tenang di sana...

    ReplyDelete
  4. semoga papa dan mama u tenang di sana.. alfatihah

    ReplyDelete
  5. sedey :(
    al-fatihah...
    me dh lama tak melawat pusara my dad ..:(

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails