Friday, June 8

Terengganu Day 1 - tempat yang kami pergi

Lepas check out hotel pukul 10.00 pagi terus la ke Pasar Payang. Nak ke Pasar Payang tu dekat ajer tapi kena ikut jalan lain sebab ada event near Pasar Payang. I beli sepasang kain batik. Haruslah ye dah datang Terengganu.


Ni le kain yang i beli. Errrr ada warna purple dan pink jugak la....pilih2 warna ni jugak yang dipilih.

Lepas tu rasa haus dan nak lapik perut sebelum ke Kelantan, makan dulu kat tingkat atas Pasar Payang. Best juga roti telur bawang sebab ada letak sekali daun bawang. Sedap pulak rasanya.


Dalam perjalanan ke Kelantan, di Merang Terenganu singgah kedai keropok lekor pulak. Beli yang mentah dan yang dah siap digoreng. 


Singgah solat kat Masjid di daerah Besut kemudian nampak signboard selalu ada kes pencuri akan mencuri beg masa kita solat. Seriau je kan?....sape la buat kerja gini yer. Kalau gitu mungkin la perempuan sebab ada kat ruang solat wanita. Untuk keselamatan, hand bag tak payah bawak la masa solat.


4 comments:

  1. Banyak pilihan kan, rambang mate jadinye...:)

    ReplyDelete
  2. @Siti Asiah sangat rambang mata....ish ish. Dah pegang yang ni pegang gak yang lain...hehehhe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails