Selasa, Jun 5

Makan Time - Ana Ikan Bakar Petai

I memang lama teringin ke sini. Nak try la Ana Ikan Bakar Petai kat Bangi ni. Hubby siap tanya kawan dia lagi. Kalau nak datang sini kena datang awal yer. Kalau lambat kebarangkalian untuk tak dapat meja tu ada. Mujurlah kami senang dapat meja. Datang pun lepas Maghrib kat Masjid Bandar Baru Bangi. Jom tengok apa yang kami order :-)

Air durian belanda

Sup cendawan dan sayur bendi masak belacan

Sotong goreng tepung

Ikan bakar yang dibakar bersama petai.



Meja makan yang penuh pengunjung datang makan

Surau dan tandas di sini yer

Ada taman permainan si cilik kat sini

Pilih jangan tak pilih

Udang pun ada

Besar2 nampak ikan kat sini

Ikan ni yang kami order

Nak jadikan cerita, kami makan kat Ana Ikan Bakar 2 hari berturut turut sebab hubby baru teringat yang kami terlupa nak bayar sup cendawan dan sayur. Niat di hati nak bayar dan terus makan kat tempat lain tapi i kata why not makan je kat situ. Nak cari tempat lain lagi satu hal. So hari ni we alls order tomyam, daging masak merah dan telur dadar juga udang goreng kunyit. Perghhhh udang besar2 tu. Ambik 5 ekor ajer....

Tomyam campur + telur dadar + daging masak merah

Udang goreng kunyit

Harga kat Ana Ikan Bakar Petai ni okaylah. Sangat berpatutan. Maybe akan repeat makan kat sini lagi.....nyummm....

2 ulasan:

  1. Ana Ikan Bakar Petai ni mmg mabeless punye lahh !! ikan bakar dye .. huhuh ! SUPERB !

    BalasPadam
  2. @caera puttih itu petai kan...buat hati cair...hehehe...sedap!!!

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...