Khamis, Jun 28

Kidzania lagi

Satu hari selepas Isra' Mikraj, sekolah Dania cuti. Jadinya i pun bawak le Dania pergi Kidzania. Ingat kot tak ramai orang. Rupanya tekaan i meleset sebab orang dari Negeri 9 pun turun KL sebab bercuti. Tambahan pula sekolah AISM pun ada. Australian International School of Malaysia. First stop, jeng jeng ke studio TV3. Dania nak jadi jurukamera tapi masa pilih2 tu Dania jadi pembaca berita cuaca.

Tunggu giliran kat bench ni

Pembaca berita cuaca Buletin Utama....Dania Yasmine....

Lepas tu i cakap dengan Dania suruh ke Karatz nak buat bracelet. Kalau tempat yang dapat something lepas tu yang boleh dibawa balik, kita kena bayar untuk bermain. Bayar dengan duit Kidzos yer....

Dania tengah sibuk nak buat bracelet

Karatz Jewellery

Masa untuk menghantar surat pulak. Dania yang beriya nak hantar surat Poslaju ni. Hantar borang contest ummi boleh?....hehehe

Bungkusan untuk dihantar ke alamat tertera


Masa beratur time Dania nak jadi pump attendant di BHP Petrol, nampak la budak kecik comel sangat ni jadi ahli bomba dan tengah memadamkan api....


Near, BHP Petrol, ada Ayam Brands Cooking School. Harus la beratur di sini sebab Dania nak belajar sediakan sandwich sardin. Sandwich sardin yang disediakan oleh Dania boleh la i ngap sikit since perut pun dah lapar. Hehehehe.....dapat sandwich bersama tempat tekap sandwich berbentuk 2 heart.


Dekat situ juga ada Hitz FM. Dania jadi deejay Hitz FM pulak. Bila balik dapat CD rakaman suara jadi deejay.

Dania beratur nak jadi deejay

Chewah chewah Deejay Dania in the house yo...


Dah jadi deejay, Dania nak jadi CSI pulak. Terus la beratur untuk jadi CSI. Mereka semua siasat kes kecurian rasaya.....

Yang lain2 kemain masam yer...sorry acik nak ambik gambar anak acik ni haa...hehehe

Selepas itu tengah jalan2 terfikir nak jadi apa pulak, ada sorang mamat ni kata nak recruit orang di Acting Academy. So mula2 Dania akan join parade. Siap ada bergendang bagai. Gamat Kidzania dibuatnya.

Acting Academy


Dah participate in a parade, Dania masuk play pulak under acting academy ni. So 2 in 1 gitu. Masa nak tentukan kita dapat memegang watak apa, kena ambik bola dalam bekas lagi. Kebetulan Dania dapat bola warna biru so Dania akan melakonkan watak Alice. Kena pakai costume kemudian akan berlakon di teater berdekatan.

Dania @ Alice

Budak kanan tu orang suruh berlakon....dia dok sengih2 kat parents dia kot...hehehe

Konon tengah tidur la ni

Ada Alice, ada rabbit, ada queen, Mr Hatter.....skripnak cakap apa, staff mereka yang akan bisik kat budak2 ni so budak2 ni ikut jer la...

1 hari yang sangat penat tetapi berbaloi sebab i pon berkejaran sekali dengan Dania. Jadi PhotoG namanya pun. Hehe. Puas dapat mencuba jadi 9 pekerjaan. Kalau nak pergi Kidzania, kalau boleh pergi hari biasa sebab Kidzania takde 2 masa. Hari biasa dari jam 9.00am - 5.00pm. Main la puas2 yer. Ada ruang menunggu dan solat jadi kita tak le terkejar-kejar. Kalau pergi cuti sekolah atau weekend, Kidzania ada 2 masa. 10.00am - 3.00pm dan 4.00pm - 9.00pm. Untung lagi pergi hari biasa. Bayaran pun sama jer.


2 ulasan:

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Permulaan semester baru 2024/2025

Alhamdulilah. Semalam merupakan hari pertama semester baru di UPM. Tengah malam tadi disebabkan Dania tukar program jadinya baru la dibuka s...