Sabtu, Disember 24

Apa yang best dan tak bestnyer kat Bukittinggi / Padang Indonesia

Dah lama i nak buat entry ni tapi tak buat2 lagi....So now, i nak reveal apa yang best dan tak bestnya kat sini.

Yang best 

1)  Lauk pauk kat sini meriahnya dan murah. 

2) Permandangan gunung ganang dan danau sangat cantik sekali.

3) Masjid sangat banyak.

4) Tak susah nak mencari makanan halal kerana penduduknya majoriti Islam. 

5) Masa i ke Bukittinggi, tukaran wang asing. Rp100,000 = RM35. Duit kita lagi tinggi.

Yang tak best

1) Kat perkampungan mereka walaupun rata2 Islam, anjing berkeliaran. Eiii yang ni paling i tak suka sebab waktu nak ambik photo kat Danau Singkarak, 3 ekor anjing berkeliaran. Mas supir yang bawak kami tu kata tidak mengapa. Anjing tu tak akan kacau kita. Nampaknya mereka ni tak kisah dengan anjing. Kalau kat perkampungan Islam di Malaysia, susah jugak nak tengok anjing berkeliaran.

2) Kawasan di sini masih terdapat Gunung Berapi yang aktif dan gempa bumi so agak seriau bila ingatkan pasal tu. Katanya kalau kat Padang tu selalu ada gempa bumi.

3) Cuaca kat Padang panas dari kat Malaysia.

4) Kalau sesiapa yang anggap sepanjang jalan ke Bukittinggi macam kat Bukit Tinggi Pahang, anda silap sebab takde nampak pokok rhu yang cantik2 sepanjang perjalanan. Yang ada cuma pokok2 hutan.

5) Permandangan rumah2 yang agak dekat dengan jalan raya, mencacatkan permandangan. 

6) Orang Indonesia ni kuat tips. Kalau tolong tu bukan tolong saje. Sebagai contoh kat airport. Jangan la suruh dia tolong bawak beg.....ambikkkk nanti dia mintak tips kat kita tak pun kat supir kita..... kita kat Malaysia ni patut dipuji. Kalau staff kat airport tolong mana ada mintak tips....beza sungguh kat Indonesia ni. Dah budaya mereka macam tu.

Apa yang kita perlu tahu

1) Barang di kawasan perkampungan rupanya lebih mahal dari di bandar. Bukittinggi ni kira kawasan perkampungan jadinya barang2 lebih mahal kalau dibandingkan dengan Padang yang dikira kawasan bandar. Barang2 kat bandar besar seperti Jakarta, jauh lebih murah. Kalau kat Malaysia, barang2 kat kg lagi murah. Ye tak?

2) Kripik Balado paling famous di Padang ialah Kripik Balado Christine Hakim. Jangan tersalah faham yer, Christine Hakim ni bukan pelakon glam Indonesia tu tapi Christine Hakim yang mengeluarkan Kripik Balado ni adalah berketurunan cina. Produk yang dihasilkan mendapat pengiktirafan halal dari kerajaan Indonesia. Untuk yang nak produk yang mempunyai rasa yang enak hasil orang muslim ialah jenama Sutan Pangeran. Orang Indonesia sendiri pun tak tahu yang Christine Hakim ni produk orang cina. Mati2 ingat pelakon glam orang Indonesia yer.....

3) Nak keluar je dari airport tu kena bayar Rp100,000 seorang yer. Budak pun dikira. So, simpan duit sikit untuk bayar duit airport tax.


So dah tau apa yang best dan tak bestnya kat Bukittinggi dan Padang so you alls dapat le gambaran sedikit sebanyak yer....

8 ulasan:

  1. sudah semestinyer Malaysia tanah airku

    BalasPadam
  2. teringin nak p sane...tp mcm takkan lepas je sbb takot naik flight! hehehe

    BalasPadam
  3. padang panas tapi bandung sejukkkkk! *tetibe*

    hehe

    BalasPadam
  4. dah byk kali KC gi jakarta dan bandung tapi Bkt tinggi belum lagi. teringgiiinnnn sgt2.

    BalasPadam
  5. Teruknya kat sana...kena tips...kalau tolong bawak barang....Tak pernah ke sana lagi...

    BalasPadam
  6. serius ke nih ? huhu tak pernah lak p indon.. psal tips tu kan , org jawa ni suka meminta balasan..

    BalasPadam
  7. da g bt tinggi...memg bes,brg tenunan n sulaman memg murh..gempa,,2 nsib2la,,da name p0n ind0n...

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...