Hi you alls, sempena cuti sekolah ni ke mana arah tuju you alls? Ada yang bercuti luar daerah, ada yang bercuti cuti Malaysia, panjang langkah je ye waktu cuti sekolah ni. Nak mengeratkan bonding diantara ibu dan anak, ayah dan anak. Ye lah selama ni kita sibuk bekerja. Masa cuti ni lah kita nak bermesra. Ibu bapa bebas dari rutin pejabat.
You alls pergi mana semalam?.....
Me ajak hubby tunjuk jalan satu restoran kat KL ni. I macam ni lah, walau ada GPS i tetap survey dulu jalan kat tempat yang i tak familiar. Buatnya GPS buat hal macamana?....Lepas tu kebetulan restoran tu near KLCC, so siap solat kat Masjid KLCC tu, lepas tu main2 kat playground depan masjid. Dah tu masuk KLCC, me, hubby dan Dania kengkonon nak pergi Petrosains. Tengok2 walau baru pukul 3pm, tiket dah habis terjual. So, pegi la pameran Street Smart yang FOC tu je. Hehe. Jadilah kan. Ada informasi tentang pemanduan berhemah. Ada simulasi perlanggaran kereta jika kita menggunakan tali pinggang keledar. Dania try sampai 2 kali. Ada video juga, jadinya kita boleh hantar video tu terus ke email kita. So, dalam video ni, Dania sedang mencuba simulasi perlanggaran jika memakai tali pinggang keledar. Selamat sikit kalau pakai tali pinggang keledar semasa impak perlanggaran.
Playground KLCC. Main2 pukul 1.58pm boleh?.
Inilah akibatnya kalau baca sms semasa memandu.
Dania naik simulasi motosikal memandu di jalanraya. Asyik dok hon je...hehehe....yang tak bestnyer ada je yang menunggu kita so tak privacy la...
Sibuk nak pilih buku pastu mesti tanya ummi suka yang mana? Padahal yang nak bacanya dia.....
Balik near our house, singgah beli beli barang kat Giant Kinrara sebelum singgah minum2 kat Nasi Beriani Gam Johor di Kinrara. Wahhhh new branch baru bukak la selain Seri Kembangan. Balik rumah semua kepenatan. Siap membersihkan diri, hubby and Dania dah tidur tapi i masih kat depan lappy buat entry blog.....hehehe......
Video dari Street Smart Petrosains
Dania naik simulasi motosikal memandu di jalanraya. Asyik dok hon je...hehehe....yang tak bestnyer ada je yang menunggu kita so tak privacy la...
Pameran Street Smart di Petrosains
Lepas Street Smart pergi Kinokuniya yang terletak seberang je ngan Petrosains tu. Dania ni memang pantang pergi kedai buku. Ada je yang dia nak beli. Memang i menggalakkan dia beli buku dari beli mainan. So 2 buah novel Inggeris dia suruh hubby i bayar. Bila kata ambik 1 je, dia buat muka sedih. Pandai ye nak psiko ayah dan ummi. Buku yang Dania ambik mesti cover yang dia suka. Dania judge a book by it's cover.....so salah satu cover gambar kucing. Dania's favourite animal.
Sibuk nak pilih buku pastu mesti tanya ummi suka yang mana? Padahal yang nak bacanya dia.....
Penat giler jalan2 so decide nak makan2 kuih kat La Cucur pulak. Balik tu, singgah early dinner di Kenny Rogers near Ampang Puteri. Huh tak syok la makan sini. Crew ambik makanan terjerit jerit dan muka masam. No No No kat Kenny Rogers near Ampang Puteri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.