Saturday, December 3

Bukittinggi dan Padang, Indonesia Day 3

Hari ketiga, we alls nak bergerak ke padang dah sebab hari ke empat nak balik Malaysia. Masa nak breakfast, makhaih ramai giler orang sampai tempat duduk takde. Me and Dania turun dulu, while hubby nak check barang2 semua dah masuk dalam beg. Actually malam sebelum tu i dah siap packed dah pun. Bila hubby turun, barulah ada tempat kosong. Ramai orang Malaysia menginap kat sini.

Tengoklah, walau pukul 7.15am, tempat dah penuh. Breakfast mula pukul 7.00am

Lepas breakfast, Mas bawa we alls ke Danau Maninjau. Jalan2 sungguh la sempit. Tak sampai 1 lane kat Malaysia tapi share 2 arah. Sewaktu melewati bukit / selekoh tajam, mengucap i sebab kalau dari arah berlainan datang mesti kita kena elak. Nak elak pun jalan kecik je lepas tu sebelah tu dah gaung.

Perkampungan sepanjang ke Danau Maninjau

Setelah naik bukit turun bukit rasa berbaloi bila tengok permandangan yang menakjubkan. Lihatlah you alls, indahnya ciptaan yang esa. Warna Danau ni refleksi dari warna langit yang sangat cerah pagi ni. Danau ni terbentuk dari lava Gunung Berapi. Rasa macam tengok lukisan yang sangat cantik.

Danau Maninjau yang mendamaikan

Gambar keluarga berlatarbelakang Danau Maninjau

Kayu ni dibina condong ke belakang, sorry i nak duduk kat sini sebab terbayang bayang, kalau gempa bumi mau terbalik ke gaung kat belakang. You alls ada berani???

Di sini we alls minum dulu sambil menikmati keindahan Danau Maninjau. Ayah order kopi O, me minum teh botol Sosro bunga melur dan Dania air Pulpy (ada je jual kat Malaysia). Dania tak nak minum air dari nama Dania ni. Yasmine - Bunga Melur.

Jalan ke bawah ke arah Danau Maninjau. Ada 44 selekoh semuanya. We alls tak turun. Masa nak bertolak balik pun i dah pening. Inikan pula nak turun 44 selekoh ni.

Singgah Industri Kecil jual keropok dan kerepek kat sini. Pandai Orang Indonesia ni tau. Bayangkan jering, pensi (sejenis siput di Danau Maninjau) dan jagung dibuat keropok.

Keropok Jering (Bahasa Indonesia Jengkol)

Keropok labu

Keropok jagung ni macam bentuk kacang botak kita tapi ni jagung....

Presiden Bambang pon pernah datang sini.

Dalam perjalanan singgah makan di Pak Datuk....me and hubby kata la agak2 harga kat sini mak Datuk tak?...Hehehe.....


Sepanjang jalan menuruni bukit menuju ke Padang, me ternampak sungai mengalir di sini. Banyak betul lori.....


Di Padang, most famous Kripik Balado (Kerepek Berlada) atas jenama Christine Hakim. Me singgah sini dulu sebelum check in hotel sebab kawan office hubby yang asal Indonesia, kirim Kripik jenama ni.


Ni lah Kripik Balado famous Padang

Kemudian kami check in Hotel dulu. Dah rehat, mandi, solat, terus Mas bawa keliling kota dan singgah Pantai Padang. My hubby dapat captured sunset di Padang. Pantai dia i tak nampak pun pasir tepi pantai tu. Kena naik atas batu batu tu. Ramai orang padang makan2 atas batu tu. Lautnya warna sama je cam kat PD tu.

Matahari terbenam di Padang 29 / 11 / 2011


Lepas bernasi Padang, Mas bawa lagi round round kota sebelum hantar ke Hotel.

Kantor Gavernur di Sumatera Barat

2 comments:

  1. @BABY(MAMA AMANA

    Cantik sangat2 Ila tapi terpaksa pening kepala nak turun bukit ni. Jalan berliku liku

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails