Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, December 1

Bukittinggi, Indonesia Day 1

Flight pukul 7.55am, tiba airport pukul 7am. Ada lagi setengah jam sebelum gate tutup. Nasib dah buat check in thru web siap siap tapi kena tegur staff Air Asia suruh datang 2 jam sebelum flight berlepas. Masuk gate dalam 7.25am. Alhamdulilah dipermudahkan. Mengambil masa 1 jam je kat flight. We alls selalu tak beli food atas flight tapi disebabkan terlambat nak kejar boarding gate, terus masa kat atas tu nak order food tapi yang tinggal snek je. So order air panas je. Baru je nak habiskan air, captain kata nak mendarat dah.....ler.....Tiba aje airport Padang, lepas check kat kastam yang lambat itu Mas tourist guide kami dah pegang nama kat pintu luar. Namanya ENZA yer....we alls mintak tourist guide tu singgah tempat makan. So Rumah Makan Lamun Ombak yang kami singgah.


I order mee sup. Haishhh cannot go la. Dania just makan biskut Tiger. Hubby order nasi goreng. Portion macam makan tengahari. Masa nak bayar, dah tergabra sebab duit rupiah tah mana i selit....Rupanya datang Dania dia kat ummi letak sini la. Dia tunjuk kat dalam purse i. Perghhhh buat drama pulak kat depan cashier restaurant ni.....

Mee sup yang tak kena selera i.....

On the way singgah snap photo kat Air terjun Lembah Anai. Tak masuk dalam pun sebab i dan Dania keletihan.

Air terjun Lembah Anai

Lepas check in hotel dan rehat, terus tourist guide bawak kami ke tempat sulaman ni. Bukittinggi terkenal dengan sulaman baju dan telekung sulam...first impression masa tiba Bukittinggi ni, haaa.....ni ke tempatnya?? Kalau you alls fikir Bukittinggi kat sini macam Bukit Tinggi Pahang, you alls silap sebab Bukittinggi ni cuma pekan cowboy. Sepanjang jalan pun i tak nampak pokok krismas macam kat Bukit Tinggi, Pahang. Nampak sepanjang jalan cuma macam rumah kayu rapat rapat je antara satu sama lain dan terletak dekat sangat dengan jalan utama.

Masa tengah tunggu Mas nak bawak kami city tour, i ternampak 1 group ni. Salah sorang sangat i kenal. Hubby je kata bukanlah tu....

Tempat sulaman di Bukittinggi

Lobang Jepang dalam bahasa kita Lubang Jepun. Tempat Jepun bersembunyi. Terdapat buruh2 paksa rakyat Indonesia yang dikerah untuk menggali lubang di dalam bukit ini. Actually seram sebenarnya knowing that ada penjara dan ada orang yang pernah kena siksa kat dalam lubang ni. Fakta menarik, walau dalam lubang tapi tak panas sebab angin tetap dirasai kerana angin bertiup dari lembah. Macam aircond je. Lubang terang kerana kerajaan Indonesia dah letak lampu.

Tiket sangat murah di sini tapi kalau ada yang offer nak jadi tourist guide di dalam ni, hati2 ya. Mesti dia mintak duit punya.

Di satu sudut, ketinggian lubang ni dibina sangat rendah supaya kalau ada yang lari dari lubang ini, kena tunduk jadi lariannya perlahan. Orang Jepun zaman dahulu dipercayai rendah ketinggiannya. 

Lubang ini tembus di lembah ini. Kami berada di tengah2 di mana 40 meter ke atas dan 70 meter ke bawah. Gayat kan?...

Penjara ini untuk buruh yang sakit atau telah tua, tidak diberi makan kemudian disiksa dan mayat dihumban ke lembah.

Lubang di bawah, mayat buruh paksa akan dibuang ke lubang ini.

I dah surrender nak naik anak tangga kat sini walau cuma 132 anak tangga je

Ni lah bukit di atas kami tadi. Bayangkan bukit yang tinggi ini, di tengahnya ada lubang Jepun bagi tujuan penyembunyian. Kawasan ini dipanggil Panorama.

Dah tour dalam lubang we alls bayar je RM25 untuk tourist guide tu. Dia sendiri kata kalau makan gaji je mana cukup. Dia mintak selamba je dengan tourist setelah tunjuk2 arah kat dalam lubang tu. Padahal memang tugas hakiki dia. So kalau yang nak masuk dalam lubang ni tak payah le guna khidmat orang macam ni. Tapinya kalau kita masuk saje dalam tu, menonong je. Takde sape yang explain apa yang kita lihat sebab kat dalam lubang tu mana ada information yang kita nak rujuk.

Dah masuk dalam lubang terus Mas bawak pegi makan Nasi Padang.

Nasi Padang jom

Jom try teh telur. Lapisan atas kuning telur. Lapisan bawah teh.

2 kuning telur yang di blender dimasukkan bersama teh. Teh ni untuk pria kuat deh.....saje nak try sebab Mas yang bawak kami tu kata ada teh telur. I rasa erkkkk not my taste la kot....

Tiba hotel rehat dulu sebab esoknya ada tour ke tempat lain pulak. Penat ya amat malam ni. Hubby ada hati nak ajak jalan town. Lokasi hotel we alls sangat strategik. Tempat makan banyak.



END OF DAY 1

9 comments:

  1. waaa comment i hilang.. anyway, bestnyer u dapat jalan2 i tahun ni tak berjalan mane lagi..

    ReplyDelete
  2. semua tempat yang sis pergi kami pon pergi masa kat sana..
    masa kat lamun ombak tue.. kami makan murtabak singapore.. sedap..
    cuma Lobang Jepang tue jer tak pergi..

    ReplyDelete
  3. best jenjalan.... blela CS nak p ni....

    ReplyDelete
  4. apa yg berenang dlaam mee tue?? mcm takut je nak makan..hehe

    ReplyDelete
  5. Bestnya sis!! Ntah bila dpt terbang ke sana.. ;) TC yer di negara org.. ;D

    ReplyDelete
  6. Teh telur? tak penah lagi KC cuba.

    ReplyDelete
  7. mesti best dapat jalan2 cam ni....

    ReplyDelete
  8. dok hotel mana? rasa2 td baca xde mention nama hotel kot

    ReplyDelete