Rabu, Disember 7

Dutch Lady Back To School. What's your story?

I bertolak dari rumah pukul 8.30am. Tiba ke Top Hat ni dalam 9.30am. Thanks to Smart Tunnel. Dekat2 nak tiba Jalan Tun Razak tu, ada kereta rosak dalam Smart Tunnel. Slow moving la jadinya....

  Top Hat Restaurant

Kena daftar dulu kat sini dan daftar nak makan apa....boleh? Pilih 1 main course dan 1 dessert.

Bila i tiba, NTV7 presenter dah tiba. Khairunnisak Dzun Nurin. Seriously i tak kenal dia. She dah bertudung.

Kat room ni lah, discussion dan prize giving

Dania dan NTV7 presenter aka Anis atau Khairunnisak Dzun Nurin

Tak lama kemudian, me and Dania kena panggil kat bawah untuk video shoot breakfast. Kena makan breakfast. I pulak kena minum susu putih tu haaa....alehai....tak suka i. Tapi terpaksa minum sikit2. Rupanya, i and Dania je kena buat shoot ni. Winner lain tak kena pun sampai staff Leo Burnett tu kata sebab akak kan Grand Prize Winner. Padahal ada 3 winners sebenarnya. I kata maybe special case kot. Hehehe....

Set me and Dania breakfast.Dania kena sapu roti dengan jam dan makan. While me kena minum susu putih....errrrr tak suka ok.....then kena bercakap2 pasal school.....

Sandwich untuk makan pagi ada tersedia

Ada discussion juga tentang sarapan pagi dan pengalaman first day in school. Tu pasal budak kecik semua kena pakai baju sekolah yer. Discussion ni melibatkan ibu dan anak jugak ye. I duduk betul2 sebelah moderator. Seram sungguh i tau. Depan i, Dr Alvin pakar psikologi. Ada juga pakar pemakanan dari Dutch Lady. Ada juga i menyampuk here and there. Hehehe. Ater? suruh sangat i tanya soalan kan....reporter The Star, Harian Metro dan China Press pun ada. Habis sesi perbincangan, sesi penyampaian hadiah pulak dan diikuti sesi penggambaran di luar pula....

Masa sesi fotografi di luar, i mintak tolong staff DL tolong ambikkan gambar. Mula2 1-2 je. Lepas i puji sebab dia ada gaya ambik gambar tu, terus ko..........4-5-6-7-8-9-10 gambar dan lebih dia ambik. Cantik2 pulak tu. Tak salah puji2 sikit dengan ikhlas yer....hehehe.....pulak tu, Dania banyak kali kena tegur ngan abang reporter Harian Metro sebab tak senyum. Udahnya i geletek Dania. Terus geli sampai nampak gigi....

Sesi fotografi dengan pemenang

Dania tersenyum sebab i geletek dia boleh? I nak bagi Dania senyum punya pasal....

Ada shot ibu cium anak. Shot ni yang paling i suka...

I paling kena tunduk la sebab Dania kecik jer...

Sesi budak sekolah minum susu pun ada

Baru  i nak turun makan, reporter Harian Metro pulak mintak izin ambik gambar i. Me and Dania kena pose dalam 2-3-4-5-6 shot jugaklah. Half Body, Full Body, I pangku Dania, Dania minum Dutch Lady. Lepas tu, The Star pulak nak ambik gambar me and Dania. Busy mokcik ehhh...lapo dah sebenarnya.  

Sesi makan tengahari yang paling i suka...hahaha
My lunch.....Main dish : Seafood Noodle / Dessert : Cendol

Dania's lunch.....Main dish : East Coast Nasi Dagang / Dessert : Seaweed Jelly


Lepas makan ada sesi video lagi untuk pemenang. Jenuh haihhhh nak menang Dutch Lady ni. Kena attend discussion lar, video shoot la, photoshoot lah.....memacam yer....Video shoot kali ni tentang kemenangan i. Ada tanya Dania jugak. Alehai.....slow je suara Dania. Nasib pakai mic. Ni katanya nak masuk facebook page Dutch Lady Malaysia. Cerita2 tentang First Day In School ni bakal keluar dalam paper Harian Metro, The Star dan China Press.

Akhirnya, semuanya berakhir jam 2.30pm. Letihhhhhh......


****RM800 DL tak bagi lagi. Setakat hamper Dutch Lady yang berat iteww jer....

2 ulasan:

  1. meriah...kalah artis dh ni...nanti kuar kt fb dutchlady nk bc

    BalasPadam
  2. @mama tisya adoyai..bukan senang nak menang hadiah DL ni. Kalau bagi hadiah terus then balik kan senang.....penat....

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Permulaan semester baru 2024/2025

Alhamdulilah. Semalam merupakan hari pertama semester baru di UPM. Tengah malam tadi disebabkan Dania tukar program jadinya baru la dibuka s...