Selasa, November 22

Harimau muda cemerlang

Picture source : Mr google
Khairul Fahmi - Penjaga gol Harimau Muda......memang ada roper rimau...tapi rimau comel...


Nahhh tak dapat disangkal lagi bahawa Malaysia berjaya menyumbat 5 gol di perlawanan pusingan akhir menentang Indonesia dihadapan penonton tuan rumah Indonesia pada Sukan Sea semalam. Mereka memasuki stadium dengan menaiki kereta perisai Barracuda you alls sebab penonton Indonesia ni agak fanatik.

Walaupun mengalami tekanan dan layanan yang buruk terhadap kontingen Malaysia di temasya sukan sea di Indonesia ni, kita tetap pulang dengan sebutir emas di arena bolasepak. Dengar cerita jurulatih Malaysia tu dibuang padang. Pelik kan? Padahal salah ke dia kat padang tu. Nama pun jurulatih Malaysia.

I siap berdebar-debar jugak dengan perlawanan tu. Memang lama sampai kena membuat sepakan penalti. Bagi i, Khairul Fahmi sangat cemerlang malam tadi. Bab bab jap jap pemain terjatuh tu bagi i saje je nak cari sepakan percuma / penalti tak pun nak bagi tambah masa kecederaan.

Pasukan Harimau Muda lagi katanya terus diterbangkan ke Malaysia oleh Air Asia selepas perlawanan malam tadi kerana pada hari Rabu ini bakal berlawan dengan pasukan Syria bagi perlawanan kelayakan pra olimpik.

Walauapapun pujian patut diberikan kepada pasukan Harimau Muda ini kerana bermain dengan cemerlang walaupun Indonesia dah menyumbat 1 gol pada minit awal permainan. Kita langsung tak mudah goyah..... 

Harimau telah membaham Garuda. Aummmmmmmm!!!!!!



*****Ada kawan hubby orang Indonesia kata malam nanti jangan lupa bawak tisu. Bila hubby tanya kenapa? Dia kata takut menangis pasukan Malaysia kalah....Nahhhhh terbukti sape yang sepatutnya bawak tisu ya pak???? Dahlah we alls nak gi Indonesia ni dia nak kirim macam macam...haishhhhh.....

4 ulasan:

  1. skali tgk KF ni mcm rupa jepun pon ada kan...

    BalasPadam
  2. @c'axoera Memang pun Jepun, Korea....tu yang ramai tergila gilakan sebab ada iras2 pelakon Korea. Putihnyer lah....:-)

    BalasPadam
  3. hi...salam kenal... sememangye penyokong diorang yang kena bawak tisu malam tadi...ramai penyokong diorang yang nangis lepas kita menag. ade yang siap kesat ngan bendera diorang lagi...

    tu la... team kita asyik dianiaya jer... kan dah kena...tu doa 1 Malaya tu bagi team kita menang.

    BalasPadam
  4. @syu salam kenal :-) kesian kita dianiaya. Langit tak selalunya cerah. Kang datang kat Mesia kita bagi layanan buruk jugak nak ke?....apa tah yg di anti nya kat orang Mesia ni tah. Sungguh tak professional kalau isu amah la penyebabnya.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Permulaan semester baru 2024/2025

Alhamdulilah. Semalam merupakan hari pertama semester baru di UPM. Tengah malam tadi disebabkan Dania tukar program jadinya baru la dibuka s...