Ahad, November 13

Yang pertama tapi bukan yang terakhir

I dah set appointment dengan Dr gigi sebab gigi bawah Dania goyang. Akhirnya hari sabtu we alls satu family ke Klinik gigi dekat rumah we alls jer. Set appointment pukul 4pm tapi kena tunggu sampai 4.55pm baru dapat jumpa Dr sebab ada orang datang lewat. Huh sape la tu...

Tunggu la kami tengok TV sampai terlentuk jugak kat sofa tu sebab mengantuk. 

Masa ni suruh Dr gigi tu pose sebab i kata nak masukkan dalam blog. Muda lagi Dr gigi ni i tengok. Klinik ni pun ada page kat fb lagik...

Cool je nampak si cilik ni yer...

Gigi baby Dania

My little Girl
Dr. kata gigi pun kalau goyang akan goyang sepasang so start cuti sekolah gigi bawah sebelah kanan dijangka boleh dicabut sebab dah goyang dah sikit. 

I suka sangat layanan Dr gigi ni. Sangat pandai approach Dania. Dr ni pun kat bajunya ada kartun Winnie the Pooh tau...sticker kat klinik ni punyalah banyak. Memang layanan sangat best. Tisu letak atas badan pun tisu kartun. Masa nak balik, Dania dapat sticker Barbie sebab Dania sangat brave. Lagipun nak bagi Dania tak takut datang nak cabut gigi la tu. Would definitely go to this clinic again......


****Maknanya berbaloi la tunggu 55 minit lewat tu sebab layanan sangat sangat bagus!!! 5 Star untuk Klinik Pergigian Puncak Jalil. Tadi masa tunggu, i dok bebel2 jugak dengan Mr hubby...hehehe...

3 ulasan:

  1. bestnya klinik gigi ni :)
    kat gombak tak de klinik gigi yg besh mcm ni..

    BalasPadam
  2. @AyuArjuna BiGoshh ayu...dania kena RM20 :-) i rasa murah la kot compare dgn tempat lain..

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rezeki dari London dan karipap penjara

Ada satu hari tu adik kata nak datang rumah sebab nak hantar karipap kambing yang saya order dari penjara dan nak bagi gift all the way dar...