Selamat pagi......semalam ikutkan nak pergi Danau Malinjau tapi disebabkan cuaca tak baik, hari ni kami pergi ke Danau Maninjau. Dengar ceritanya jalannya sangatlah berliku dan ada 44 liku. Gulp......i sebenarnya kalau gi Cameron Highland yang melalui Tapah tu pun rasa nak termuntah. Inikan jalan macam ni. Harus bawak beg plastik. Semalam me sempat pergi tempat pembuatan kopi Kiniko, Istana Pagaruyung (ada persamaan macam Istana Seri Menanti), Danau Singkarak dan pusat Informasi Minangkabau. Kat Informasi ni me, Dania dan hubby pakai baju kahwin orang Minangkabau. Huhuhu...bersanding kali kedua......
Di Danau Singkarak, ada spesis ikan bilih yang hanya terdapat di Danau Singkarak. Katanya kat dunia ikan bilih hidup di Danau ni je. Harga ikan bilih ni agak pricey. Dan sepanjang jalan ke sini Gunung berapi Merapi tu i boleh lihat kawah di puncaknya. Rupanya takde tumbuh tumbuhan di puncak. Dekat sangat you alls. Kiranya kami ni di kaki Gunung Merapi. Orang Eropah siap jungle trekking lagi kat Gunung Merapi ni. Kita???? Ada berani?....Seriously i kagum dengan ciptaan Allah. Sepanjang jalan jugak menginsafkan. I rasa kita di bumi Malaysia sangat bertuah.
Petangnya bergambar di Jam Gadang. Trademark Bukittinggi.
Malam ni kami dah nak bertolak ke Padang sebab esok nak balik.......
****Nothing is free here. Walaupun memang tugas hakiki mereka, mereka siap mintak tips lagi. Dan....siap cakap gaji kerajaan sahaja tidak cukup. Itu pasal they alls terpaksa buat macam tu. Kita kat Malaysia jarang buat macam ni. Kuat tips sungguh kat sini. Macam budaya pulak. Kalau tolong tu nak something in return.
tak silap ila negara tue antara negara yg tkenal dgn rasuahnya.. ila cuti dapatla guna lappy yg ajaib ne
BalasPadamweeeeeee bestnya g melawat negara garuda.. ;D TC sis.. ;D
BalasPadambest nya jejalan
BalasPadam