Hello eznakhalili.com readers!!

Sunday, June 5

Pakcik Pakcik zaman sekarang

Gambar ni i cilok dari fb Pakcik Lan. Jangan mare ye pakcik.....nak kasi glam Pakcik kat blog nih...he he he...masa ke UK melawat anak yang grad

Kemain lagi pakcik pakcik zaman sekarang yer. Siap berfacebook lagi. I baru je accept friend request Pakcik Lan ni. Siapa pakcik Lan ni??? Pakcik ni sebenarnya sepupu papa i. Sangat rapat dengan papa i. Bila papa i dah meninggal, Pakcik bertanya khabar legasi keluarga Ahmad Khalili ni melalui sms dan telefon. Telefon siapa? Dah tentu i. Ada satu yang unik bila arwah papa i tu bercakap dengan Pakcik Lan ni terkeluarlah bahasa seperti gadang, hutan banait, iko....i memang tak mewarisi bahasa tu dari papa i. Hehehehe.....sayang juga rasanyer sebab bahasa tu jikalau yang lama dah tiada, generasi bawah ni tak tahu bahasa tu. Hilang begitu sahaja warisan bahasa itu.

Setiap kali raya, rumah Pakcik Lan ni akan dikunjungi oleh adik beradik i dan masa tu makcik Ani (wife Pakcik Lan) akan masak masakan yang sedap especially sambal belacan. Perghhh satu pinggan nasi tak cukup you alls...tambahan nasi panas dan makan beramai-ramai.

Pakcik Lan ada bagitahu semoga silaturrahim tidak akan putus....baiklah pakcik...selagi hayat di kandung badan....






****banyak cara nak hubungkan silaturrahim zaman sekarang....

1 comment:

  1. btul tu...nenek & atok pn dh ada fb..canggih tul skarng

    ReplyDelete