Jumaat, Jun 3

Sale Sale Sale

Poney di SACC Mall

Voucher Poney bernilai RM50

Top turtle neck Poney yang sangat sweet warnanya

Baju Mandi Dania

Al Amin Kids, SACC Mall Shah Alam

Gift voucher Crocs yang i beli kasut Crocs i

Cuti sekolah ni semua buat sale eh......i ke Al Amin Kids nak mencari baju mandi muslimah untuk Dania. Yang sebelum ni dah sendat sangat. Kebetulan memang ada sale. Yang dibeli tu RM160++ harganyer cuma 10% off. Tapi yang best sebab 2 piece. Bukan 2 piece macam bikini tu. He he he. Kalau 2 piece ni senang la sket kalau nak pergi washroom tu. Baju mandi Dania dulu 1 piece je. Dah menggagau kalau nak gi washroom. Kena bukak baju sume. Leceh. Tak banyak choice yang tinggal. Yang warna pink sumer dah diambil orang. Jadinya Dania pilih warna biru ni. Not bad juga eh... Beria nak gi beli baju mandi sebab nak gi bercuti ke Melaka minggu ni. Jadi kengkonon nak gi mandi kat swimming pool la ni.


Oh masa nak balik tu ternampak pulak Poney yang sedang ada sale tu. I la konon nak singgah je ambikkk terus ternampak baju turtle neck tu. Harga RM83. Mahal kan? Ada potongan 30% kemudian potong lagi voucher RM50 yang Dania dapat masa Sogo hari tu. I kena tambah RM8.10 je. Memang berbaloi baloi. Hehehe. Mahal juga baju kat Poney ni. Rasa macam brand Malaysia je. Baju masa Dania pakai masa Sogo Prince & Princess Pageant tu pun ada tapi i kena top up sampai RM40++. Potongan 10% je.



Gambar bawah tu voucher Crocs yang i baru nak redeem dapat masa coloring contest Hoodwinked Two.



Jom ke sale sale sale tapi jangan sampai over budget. Merana poket....

1 ulasan:

  1. bj kt poney mmg mhl..dress yg cantik2 pn 50 ke atas....kita kalo nk bli dress poney tgu sales 70% so dpt la dlm 20-30++ :)

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Ice Cream Treats

Masa makan tengahari saya masak ketam bercili.  Kacang buncis dengan telur.... Masa ke IOI City Mall ni nak mencari paper bag / plastik untu...