Saturday, June 11

Melaka Day 3

Makam Hang Tuah terletak di kawasan perkuburan ni....

Panjang tu Makam Hang Tuah. Di sekelilingnya ada cerita mengenai Hang Tuah

Pintu masuk Makam Hang Tuah

Topi yang sangat cantik...

Pahlawan Walk Market

FM ni cute jer

Kebaya yang berwarna warni

Kedai T Shirt. I suka kedai ni sebab colourful...

Taman di depan Hotel Avillion Legacy Melaka

Hotel ni macam rekabentuk lama tetapi diberi nafas baru

Hari terakhir kami kat Melaka, lepas breakfast di hotel kami berkemas dulu. Then dalam 11.30am baru turun bawah check out. Kami nak cari tempat untuk lunch sebelum ke tempat lain. Dalam GPS ada list down tempat2 makan area Melaka. My hubby pilih tempat ni. (Entry dalam segmen Makan Time). Nak tau tempatnya kena stay tune ya. I dah siap2 auto publish entry tu. Lepas lunch kami jalan2 dulu di Pahlawan Walk Market.

Lepas tu singgah pula tempat minum terkenal kat Klebang. Entry ni pun i dah siap auto publish. Lepas dah minum, kami pun ikut GPS nak pergi Makam Hang Tuah. Hang Tuah kan simbol negeri Melaka. Makam Hang Tuah tu terletak kat kawasan perkuburanlah pulak. Alang2 dah tiba, redah je lah. I nampak ada 2 kereta berhenti kat Makam Hang Tuah ni lepas tu terus pergi. Gamaknya sebab tengok kat kawasan perkuburan. Seram jugak kalau takde orang kat situ. Tanah perkuburan tu pulak nampak macam kawasan lama je tapi terjaga. Dekat pintu masuk tu je ada tanah kubur lama. Batu nisan pun dah warna kelabu.

Lepas melawat Makam Hang Tuah tu, terus bertolak balik rumah kami.

1 comment:

Related Posts with Thumbnails