Saya ada beli kettle Hello Kitty x Tefal kat AEON MidValley tak silap saya pada tahun 2015.
Mulanya nampak standee kat AEON ni. Lepas tu tanya sales person. Kebetulan tinggal satu je stok kettle ni. Saya beli jugak. Mana boleh tahan kan tengok kettle comel ni. Harganya RM135.
Credit : Google
Tahan lagi kettle Hello Kitty ni dari beli tahun 2015. Sekarang dah 2025. Kiranya 10 tahun dah usianya. Moga dapat berkhidmat lama dengan keluarga kami. Masak air sekejap je sebab kapasiti dia kecik je.
Ada barang yang comel yang you alls beli untuk perkakas rumah?.
XOXO,
Ezna
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.