Khamis, Jun 16

Makan Time - Asam Pedas Selera Kampung, Melaka

Asam Pedas Selera Kampung

Perghhh kalau lunch ni mau berdiri takde tempat duduk ni...

Barisan makanan pembangkit selera....yummy...

Maria Tunku Sabri dan krew Singgah Sahur pun dah terjah sini

Asam pedas ikan

Masa nak lunch hari nak balik tu, we alls search kat GPS tempat makan. Akhirnya kami memilih untuk makan di restaurant ini yang terletak opposite Menara Taming Sari dan sebelah Pahlawan Walk Market.

Masa pergi tu ramai jugak orang dah memenuhi restaurant. Kami duduk kat luar kebetulan ada tempat kosong. I sempat tanya orang Melaka sendiri. Dia kata restaurant ni memang famous amos tu yang ramai orang tu. Akhirnya kami duduk kat ruang dalam sebab ada tempat kosong. Menu utama kami dah tentu Asam Pedas Melaka. Nama je pedas tapi tak pedas sangat pun. Dania sampai menambah nambah kuah asam pedas sebab sedap sangat. Itu maknanya tak pedas le tu. Kalau pedas, sure merengek je budak iteww....

Rupanya restaurant ini ada plaque jalan jalan cari makan musim Maria Tunku Sabri dan geng Singgah Sahur pun dah pernah terjah sini. Kalau sesiapa yang turun Menara Taming Sari ni jom ke Restoran Asam Pedas Selera Kampung.



****Ada satu makcik tu kata, cili yang diguna tu gred bagus tu pasal tak pedas. Errr betul ke???...(masa i makan asam pedas kat tempat lain). Releven ke??

4 ulasan:

  1. saya xpernah try lg restoran ni.selalu blk kg,singgah restoran hjh mona (jln laksamana) dan hjh rahman (bkt katil).mmg sedap sgt! hubby sy smpi addicted.Hihi

    BalasPadam
  2. Mummy slalu gak blk melaka tap xpenah singgah sbb mak mentua rajin masak..heheee....xpe, nak cuba la gak nant. thanks 4 da nice info

    BalasPadam
  3. dh lama me tak mkn asam pedas..terliur la plak...

    BalasPadam
  4. cakap pasal melaka nih...saya baru je pegi kat asam pedas hjh mona 2/3 minggu lepas. OK rasa dan ramai sesak orang. Susah cari parking. First time pegi sana sebab biase nye makan kat asam pedas malinja atau pun asam pedas selera kampung.
    Pics dah upload so senang2 tu singgah la yer blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makan, makan dan makan hehe..takde topik lain.
    Kalu sudi follow la yer blog saya TQ

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...