Credit : Google
Nadiah dan Lily
You alls ada pengalaman kerja lepas SPM tak???
My first job bermula di McDonald's SS2 tu haa....seawal usia 17 tahun lepas SPM. Masa tengah tunggu result SPM tu yang i apply jadi crew member McD ni. I ingat lagi masa tu punyerlah rajin menyapu kat McD, cuci cermin tingkap lah, mop sana mop sini. Kalau kat rumah i tu idok lah teman rajin. Harapkan bibik jer. He he he. Masa tu i ada bibik kat rumah so kerja rumah semua bibik yang buat. Manja sungguh i ni.
Antara kerja yang i kena buat ialah di lobby. Setelah mahir di lobby, mereka akan tarik kita ke kaunter pula. Cemas gak berhadapan dengan orang sebab kira i ni front liner tu. Pastu dengan terkial nak tekan keyboard cashier machine tu. Haishhh. Ada sekali tu i dimarah oleh customer sebab order orang sebelah dapat dulu dari kaunter i. Macamana order orang sebelah dapat? They all ni terkial nak tengok menu dulu sebelum order. Orang sebelah order cepat jer. Dah i kena sembur. Dia bagi duit kat i sambil baling you alls tau tak? Betapa kerek couple ni. Pastu you alls tahu i buat apa? I baling balik duit dia. Dah i kena mengadap manager. Tapi manager tu baik dan cakap lemah lembut. Manager i tu pun lembut2 sikit orangnya. Ada yang backing i masa tu. Hehehe. Of course le kawan crew McD jugak. I bertiga kerja kat McD SS2 tu, my friend Lily dan Nadiah.
Ada jugak kes i yang pakai baju uniform McD ni berlari sebab dikejar anjing. Hampeh tol anjing ni. Dah lah tu anjing2 sekitar tu pun cam menyalak nyalak macam menyokong perbuatan kawan se'ANJING' tu. Aduhai....tiba McD i terkedu dan termenangis. Hehehehe.....takut wehhhh kena kejar anjing. Anjing liar pulak tu.
Paling mencabar, i kena kerja masa bulan puasa tapi setakat makanan kat McD yang kita tengok hari2 tu mana la terliur pun. Kudrat masa muda sangatlah luarbiasa compare dengan sekarang. Nama pun fast food restaurant makanya kita pun kena laju semacam jer.
Nadiah dan Lily
You alls ada pengalaman kerja lepas SPM tak???
****kenangan manis sungguh kerja kat McD ni. Kalau kerja 4 jam ke bawah jangan harap nak makan burger mahal macam McChicken tu. Alamatnya McEgg je lah. Kalau kerja 4 jam ke atas baru dapat merasa burger mahal.
ezz--sama lah kita--i pun pernah keje mcd--kat shah alam--masa i kat matriks uia--time cuti heheh
BalasPadamtak ada langsung..masa tue nak tgu masuk u rasanya hampir 6 bulan tapi ila tak penah keja. cakap dgn mak nak dok umah je & kemas umah..keja ila pastikan mak pg keja & balik keja semua lengkap. baju gosok & basuh mak balik makan je..ala2 bibik je tp tak tak bosan pun. mana ada fb etc etc pun.. tp keja tak penah habis..sampaikan nak ke depan umah pun jarang sbb ask wat keja dalam umah
BalasPadami tak de pengalaman la ezz, tak sampai sebulan lepas SPM terus kene masuk UTP huhu.. tak tau sedih ke happy .. anyway.. speaking of job, mak i dah tanye dah whether u interested ke tak.. let me know yer
BalasPadam