Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, June 30

Kematian yang tidak disangka

Masa i gi bayar maintenance fees dekat Apartment i tu, i sembang dengan staff di maintenance office tu. Dia bercerita yang ibunya baru meninggal dunia. Cara ibunya meninggal dunia tu bukan dengan sakit tua ke apa tetapi secara tiba2. Ibunya pergi di saat nak naik kereta untuk ke stesyen bas nak ke Johor. Ini kerana ibunya teringin nak melawat pusara sedaranya di Johor. 

Pada hari kejadian, ibunya memeluk adik staff tu di rumah. Adik staff tu pun sambil2 makan dan baca paper tak le mengesyaki apa apa. Lepas tu ibu mereka pergi le ke arah pintu dan siap bawak beg lagi. Adik staff tu dekat meja makan. Adik staff tu ada dengar beg ditarik kemudian tiba2 beg tu terlepas dan si ibu ni terkeluar perkataan Allah. Akhirnya bila dia pergi kat ibunya tu, si ibu dah tak bergerak lagi. Bila hantar kat Hospital Serdang, Dr dah isytiharkan meninggal. 

Staff ni beritahu i dia masa tu dia dalam perjalanan nak pergi ke rumah ibunya itu. Dia kata dia pada mulanya memang menyalahkan takdir. Akhirnya dia menerimanya juga. Alasannya sebab kalau dia tahu, dia akan habiskan banyak masa dengan ibunya itu. Ibunya pergi bukan dalam keadaan sakit. 

Moral of the story, kematian tu akan datang pada bila2 masa dan dimana sahaja. Kematian itu tak akan ditangguhkan walaupun seminit. Luangkan waktu bersama orang tersayang dan jangan lupa ucapkan perkataan sayang sebelum terlambat....

Adakah anda bersedia ???


****memanglah kita sebagai manusia biasa, akan lebih bersedia kalau orang tersayang tu sakit dan terus pergi mengadap ilahi. Kita payah nak menerima kalau kematian mengejut ni. Tapi, siapa tahu ajal kita bagaimana kan?....




3 comments:

  1. sedih baca bab2 kematian :(
    my mom dh 69 thn tau this year...tak sanggup menghadapi moment sedih bilamana Tuhan akan amik my mom--moga2 panjang umur my mom --my arwah atuk meninggal di usia 80 lebih, so me selalu ckp dgn my mom, --biar ma panjang umur mcm Tok Jusoh (nama arwah atuk) :(

    ReplyDelete
  2. alah..sedih la pulak.......net pun tak sanggup hadapi moment cenggitu.

    ReplyDelete
  3. sedih baca entry ni. kematian bukan boleh dijangka.ianya akan datang tiba2

    ReplyDelete