Hello eznakhalili.com readers!!

Saturday, June 18

Kambing dan akikah

Gambar dicilok dari fb adik ipar i aka Papa Zharif

Entry kambing ni sempena akikah anak saudara i Zharif kat nun jauh di Sarawak. Actually nak buat lama dah tapi ditangguhkan kerana papa i sakit. Jadinya hari ni kenduri ni diadakan di Sarawak. Ada 3 ekor kambing yang akan diakikahkan. Dua ekor bat Zharif dan seekor buat sepupu Zharif. Zharif pun sekarang ni berumur 2 tahun.
I remember, akikah Dania masa umur 3 bulan. Ustaz yang dipanggil dulu, imam Masjid Kg Tunku. Masa tu kambing Dania kambing oversea sebab kalau kambing tempatan mahal you alls. Patutnya kambing tempatan yang murah. Ni dah terbalik.

Sekarang ni Dania i dah nak mencapai 7 tahun dah pun. Pandai dah nak memilih baju mana dia nak pakai. Kalau pakai tidur tu kalau boleh luar dalam tu warna yang sama. Suka sangat menonton Playhouse Disney Channel. So watak2 seperti Handy Manny, Pororo, Angelina Ballerina, Chloe Closet dan lain2 tu i memang tau ler.....Paling suka warna pink tapi sekarang ni macam suka kepada warna purple sebab i suka warna purple. Petah dah cakap itu ini. Tak boleh simpan rahsia kalau nak buat surprise untuk Ayah Dania. Kalau nak tidur malam, ummi kena ada kat tepi so Dania boleh main main dengan tangan ummi sebelum tertidur.





****Kejap je tengok Dania dah besar.....

1 comment: