Isnin, Disember 8

Kesesakan di Putrajaya

Kami ada singgah Wetland sebab hubby nak survey tempat untuk mendaftar acara berbasikal. Khemah terletak berdepan dengan Rumah Makan Bumbu. 

Kemudian kami solat asar di Masjid Besi. Hujung sana tu boleh nampak Masjid Putra pula. 


Kat Putrajaya ada event apa entah kemudian jalan pun agak sesak. Kami keluar area situ untuk ke masjid berdekatan dengan tempat kami nak makan malam. 

Singgah pula solat Maghrib di Masjid Mahmoodiah kat Presint 18, Putrajaya. 


Lepas solat kami ke Taman Warisan Pertanian. Kami nak makan kat sini la. Boleh pulak ada kawan hubby terlambai-lambai kat sini. Mereka baru balik kerja. Kena standby kat office. Hubby kena 2 kali standby juga. 


Dania order kuetiau kerang. Sedap juga. 


Order juga coconut shake. Pun sedap....


Hubby punya nasi Kak Wok. Gulainya sedap juga. Bau sambal belacan dia power sungguh. 


Order 10 cucuk sate. 5 perut dan 5 ayam. Sate Aayam dia lembut sangat. Ada juga nasi impit beserta bawang dan timun. Kuah kacangnya sedap. Ye lah Sate Haji Samuri kut. 


So far makan kat sini sedap la. Tempat pun luas. Nak duduk dalam boleh, kat luar boleh. Konsep sini gerai jadi banyak pilihan. 




XOXO,
Ezna
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Kesesakan di Putrajaya

Kami ada singgah Wetland sebab hubby nak survey tempat untuk mendaftar acara berbasikal. Khemah terletak berdepan dengan Rumah Makan Bumbu. ...