Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, June 17

Dilemma kehidupan / Dicerai talak 3

Mungkin i ni pendengar setia jadinya i dijadikan tempat untuk mendengar keluhan insan yang memerlukan. Ni i ada kisah untuk dijadikan iktibar buat kita kaun hawa. Ada sorang kawan i ni ada 3 orang anak. Suaminya bekerja ikut mood. Maksud ikut mood ni, dia akan bekerja dengan satu satu company tu, tidak tetap. Kalau suami dia ni tak boleh nak berkerjasama dengan company tersebut, dia akan berhenti dan dan tu jugak dan episod menganggur tu ikut nasib. Ada sampai berbulan-bulan lamanya. Kalau dapat kerja baru, kalau mula buat perangai suaminya akan berhenti kerja lagi. Ada jugak orang macam ni dalam dunia ni yer?. Boleh berhenti kerja ikut suka hati jer.

Alkisahnya pada satu hari, suaminya ni marah pada isterinya. Maka terkeluarlah lafaz cerai. Bukan talak 1, tetapi talak 3 terus. Kita pun tak tau apa yang difikirkannya sampai tergamak mengeluarkan perkataan tu. Insiden tu berlaku di hadapan rumah teman i dan dah tentulah didengari oleh jiran sekeliling dan berlaku di rumah ibu mertuanya. Boleh pulak teman saya memberitahu yang si suami ni kata Maafkan abang, abang ikut perasaan tadi. Abang tak fikir pasal anak-anak. Haa?? dah lafaz baru nak fikir?. Sekarang ni teman i dalam proses perbicaraan mahkamah dan tuntut nafkah.





*****Think before you do, do after you think. Semoga kisah ini menjadi iktibar semua termasuklah diri i.

5 comments:

  1. isk3x, jenis ikut emosi sgt laki dia ni. x pasal2 dh cerai tak leh rujuk dah isk3x

    ReplyDelete
  2. talak 3...hmmm shiannya kawan u...kes kawan ai pun lebih kurang sama..plh besh berlaku selepas mereka jemaah sembahyang subuh. Punca laki dia nak kawin ngan staff kat company laki dia..wife tak setuju sbb dia tahu lagi dia takleh komited dgn anak dah 5 owang. Selalu gaduh, alih2 lepas subuh jemaah terus ckp ngan bini dia "abang ceraikan awak dengan talak 3"...yg lawak dan bodohnya laki tu last2 tak dapat kawin ngan staff pujaan die sbb famili pompuan tak izinkan..lepas tu skrg dah msk tahun ke-3 laki tu dok gila talak :( nak rujuk balik ngan kawan ai...stupid...

    ReplyDelete
  3. talak mana boleh mintak maaf...bila dh terlafaz tak boleh tarik balik..

    ReplyDelete
  4. Sorry... geram ngan kes2 lelaki budus macam ni...! lepas ni mula la gila talak! rasakan! lain kali otak letak kat lutut lagi... grrrrrrrrrrrrrr!!

    ReplyDelete
  5. walau macam mane dia kate sorry pun, nasi dah jadi bibir, kalau talak satu, masih ade penyelesaian, kalau talak 3..hmm.. mungkin Allah kurniakan dugaan macam ni kat kawan u untuk kesenangan dia di kemudian hari..

    ReplyDelete